Entry: Tak Seindah Mimpi - Sharifah Abu Salem Wednesday, August 11, 2004



"Pahitnya sebuah kenyataan sebenarnya lebih indah daripada mimpi yang hanya sekadar mengasyikkan."





Tak Seindah Mimpi karya Sharifah Abu Salem ini disyorkan oleh adik sepupu saya. Sharifah Abu Salem bukan nama asing dalam genre novel. Selain novel, dia juga aktif menulis skrip drama. Antara drama yang pernah tersiar di TV ialah Julia.

Ceritanya berkisar tentang percintaan tiga segi di antara Razif, Salmi dan Norjinah. Razif ditinggalkan isterinya Salmi dan kehadiran Norjinah mengisi kekosongan jiwa. Malang tidak berbau apabila Salmi ditimpa kemalangan dan Razif sanggup menerima Salmi kembali. Salmi membenarkan Razif mengahwini Norjinah tapi hati perempuan mana yang sanggup menerima kenyataan bahawa dia akan bermadu. Sememangnya hidup ini tidak seindah mimpu seperti perjalanan hidup Norjinah yang juga perlu banyak berkorban demi untuk Razif dan keluarganya.

Secara peribadi, saya tidaklah begitu menggemari gaya penulisan Sharifah Abu Salem. Mungkin ada yang suka dan ada yang tidak. Itu sudah menjadi adat. Sharifah Abu Salem sebenarnya berjaya menggarapkan plot cerita dengan berkesan. Kematangannya mengupas aspek kasih sayang dan pengorbanan terserlah dalam Tak Seindah Mimpi Yang pasti Tak Seindah Mimpi mempunyai sambungannya - Tak Semanis Impian.

Rating: ***1/2

   11 comments

Pandora Sale Charms
April 9, 2012   02:55 AM PDT
 
This is such a beautiful image! Is that what you call Digital Painting? It looks stunning.,910515,http://novelcintamelayu.blogdrive.com/archive/8.html
nurul
January 2, 2011   09:22 AM PST
 
nampaknya ketiga2 rentetan novel(tak seindah mimpi,tak semanis impian dan tiada lagi mimpi dah jadi drama.bermula hari ini di tv 1....syabas buat penulis :)
zul
July 9, 2010   12:32 PM PDT
 
ad lg x novel ni??
abu Yazid
July 4, 2008   12:01 AM PDT
 
best tul la novel ni..sy betul2 terkesan membacanya..kepada puan Syarifah,selamat berjaya..!!
alia
January 15, 2008   11:57 AM PST
 
hai... boleh bekenalan dengan sesiapa yang nk layan saya.....
ummi nurin
October 11, 2007   12:03 PM PDT
 
ada x kuar novel 'tak pernah ku sesali' ala cite dlm tv 1 tuh
afiqah
October 31, 2006   08:34 PM PST
 
best arr buku tak seindah mimpi,tak semanis impian & tiada lagi mimpi. kalau ada sambungan lagi pon gerenti saye bli. saya plg ske skali watak shahrul. keep on da good work!
farina
December 15, 2005   01:52 PM PST
 
novel nie mmg berhantu, tp bukan novel nie je malah sumer karya sh abu salem saya tak pernah lepaskan peluang nak baca. entahlah....mmg minat gila dgn karya auntie sharifah. best sgt.....teruskan berkarya tau. utk saya dan sumer pembaca setia.
nor
August 22, 2005   01:29 PM PDT
 
Satu benda yg best bila baca buku ni hanya sebab dia ada mention kampung aku iaitu Kg Jambu kajang. Selainnya, biasa je.
Nora
August 3, 2005   12:41 PM PDT
 
Saya dah hampir 5-6 kali ulangbaca sebab saya amat meminatinya! memang best dan novel Tak Semanis Impian pun sama. Saya sedang tunggu sambungannya...
adriyana ting
December 28, 2004   06:42 PM PST
 
Novel nie telah beberapa kali dibanting ke lantai kerana sakit hati. Tapi percayalah novel nie memang best sangat. Tak rugi membelinya.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments