Entry: Sehangat Asmara - Aisya Sofea Thursday, July 29, 2004



"Bibir Tidak Perlu Berkata, Bila Hati Sudah Mula Bersuara"




Sehangat Asmara adalah karya terbaru Aisya Sofea. Aisya Sofea mula dikenali dengan novel pertamanya Jauh. Novel terbaru ini lebih berkisar kepada watak utama Kamilia Najwa yang menghadapi konflik perasaan apabila lelaki yang paling dicintainya Zainal Arief muncul kembali dalam hidupnya untuk kali yang kedua. Saya berminat untuk membaca novel ini kerana permulaan cerita ini yang menjurus kepada kehidupan di luar negara.

Apa pun, Aisya Sofea ternyata mempunyai gaya penulisan yang tersendiri. Fokus penulisannya dalam Sehangat Asmara banyak ditumpukan kepada pergolakan perasaan seorang wanita bernama Kamilia Najwa yang begitu kompleks berbanding dengan plot cerita itu sendiri. Saya teringat satu babak dalam filem Inggeris di mana dua orang lelaki sedang bermain catur. Yang seorang ini bimbang kerana penolongnya, seorang wanita akan berhenti kerja. Yang seorang lagi memberi pandangan yang unik - dia boleh bermain catur kerana catur mempunyai undang-undang tetapi dia tewas dengan wanita kerana wanita adalah seorang insan yang kompleks dan sudah pastinya tidak ada undang-undang untuk mendefinasikan apa yang bermain dalam fikiran seorang wanita. Itulah yang cuba dipaparkan dalam novel Sehangat Asmara ini. Yang nyata, Aisya Sofea mampu menggambarkan perasaan seorang wanita dengan sedalam-dalamnya. Perasaan gembira, sedih, kecewa, hampa, tidak keruan digarap dengan begitu menyeluruh sekali.

Secara keseluruhan, Aisya Sofea telah mempamerkan satu karya yang mantap yang menyentuh nilai-nilai kemanusiaan dan kekeluargaan. Walaupun Aisya Sofea merupakan antara penulis popular yang mana karyanya banyak mendapat sambutan ramai, tapi secara peribadi, dia bukanlah penulis kegemaran saya. Mungkin kecenderungannya memanjangkan plot cerita sehingga kelihatan agak meleret membosankan saya. Saya mengambil masa yang agak lama juga untuk menghabiskan novel Sehangat Asmara. Tidak banyak kelainan dalam novel ini berbanding dengan novel-novel yang lain.

Rating: ***1/2(Best jugak)

   29 comments

timberland boots uk
May 31, 2012   05:31 PM PDT
 
i went to the same school as patrick. i remeber those girls from my school who wrote in. they were white trash...i always felt so bad for them.,350407,http://novelcintamelayu.blogdrive.com/archive/6.html
princess
July 3, 2011   10:16 AM PDT
 
to say the truth , i dont like to read malay books. then, my friend advice me to read sehangat asmara. after i read this book i started to love malay books. i can say this book is so interesting.when i read this book, icannot sleep, eat and everythingbecause i will be thinking what will be the next story. thanks to sister aiya sofea.witout u this book wouldnt be nice. i hope the next book will be more nice.

sue
June 1, 2008   11:15 AM PDT
 
to anisah kunun: u should try reading sehangat asmara,x rugi,gerenti best! hahaha
anisah kunun
April 7, 2008   05:30 PM PDT
 
sy suke novel2 aisyah sofea teruatamenye adam & hawa..hehe...sehangat asmara blom bace lg
ecah
March 27, 2008   10:39 AM PDT
 
saya suka novel aisya sofea.....
aina
March 6, 2008   09:48 AM PST
 
Melalui novel sehangat asmara....masa membaca ni saya boleh rasa apa yg cuba disampaikan...sedih, gembira, terharu dan pelbagai rasa lagi...memang best giler....bila nak keluar novel terbaru agaknya ye?
sue
February 19, 2008   11:05 AM PST
 
to aisya sofea:your writing is great.i really enjoyed reading sehangat asmara.sy mmg suka love stories,tambah2 yg bercinta kat overseas ni.mbuatkan sy rasa mcm nak bercinta kat overseas jugak tp yg sedihnya sy x ada peluang tu.he he he.but then i betul2 admire the characters in the novel,tambah2 zainal arief and kay.keep up the good work aisya sofea:)
siput
February 18, 2008   03:26 PM PST
 
saye dah 3 kali baca sehangat asmara,hehehe :)
amy
November 27, 2007   03:09 PM PST
 
hai... kak..bila lagi nak keluarkan novel baru?
atie
August 19, 2007   09:15 PM PDT
 
Akak.....sy suke sgt ngan novel2 akak...mmg best giler ar...klu da baca novel akak sy x mkn pun x ksh......biler akak nk kuarkan novel br lak?sy da x sbr da ni..
Name
August 19, 2007   09:47 AM PDT
 
saya plg suka novel akak... dah byk novel akak dalam simpanan saya. geram jgk saya bila ada org pnjm nvel adam& hawa,tp xbg balik... meluatnya!!!!!!!!!!
zuelie
August 8, 2007   04:50 PM PDT
 
saya suka membaca novelnya yang bertajuk jendela hati.. memang menyedihkan
Name
May 9, 2007   08:54 AM PDT
 
saya pun suke jugak semua karya aisya sofea....len kali buat novel lebih banyak yerrr........
Naz_pi
May 8, 2007   05:15 PM PDT
 
this is one of the best novel i ever have...novel2 aisya sofea mmg pilihan utama naz klu masuk kedai buku..harap ada novel baru yg lebih besttttttt..syabas aisya sofea.
Nadiah
February 16, 2007   10:16 PM PST
 
Novel nie mmg best lerr.Seriously,superr power.Woohhoo~
wern
September 30, 2006   05:41 PM PDT
 
stuju gak..tak rugi beli buku die nie..best apa...
Nizdaz
November 15, 2005   09:54 PM PST
 
novel ni sdp gak. Hasil karya aisya sofea. Coz saya kalau bca msti nak cri karya beliau.
anis
October 13, 2005   11:23 AM PDT
 
novel aisya sofea memang bestgiler!!!!!
mayyacali
August 8, 2005   10:28 PM PDT
 
actually, saya suka novel aisya sofea, the main reason is bahasa yang dia gunakan especially untuk menzahirkan rasa kasih sesama insan amat bersesuaian dengan budaya kita. tidak keterlaluan dan sopan untuk dibaca.
norra
May 25, 2005   12:54 PM PDT
 
Agree with you, Carrie. Antara sebab saya sukakan novel ini ialah garapan emosi wataknya yang kemas sekali. Kita dapat menyelami gelora hati Kay dengan mendalam sekali.
Dan antara sebab saya tidak suka novel ini ialah jalan ceritanya yang meleret-leret. Dan ketika membaca pun, saya melangkau m/s jugalah.
zuriana
May 16, 2005   06:19 PM PDT
 
sangat meminati gaya penulisan beliau dan cerita yang memang best giler..
lie
April 29, 2005   10:43 AM PDT
 
walaupun sejak dulu saya suka membaca novel, tapi karya aisya sofea menyebabkan saya jatuh hati untuk terus mencari hasil tulisan nya. karyanya membuatkan kita turut merasa apa yang watak utamanya rasai.i love u aisya sofea
iza^_^
April 14, 2005   10:48 AM PDT
 
menaikkan semangat,touching n memang best giler. dan yang pasti da jatuh hati pada karakter zainal Arief. Wujud x orang mcm dier?
ain
March 8, 2005   12:34 PM PST
 
suka sangat..tak tau nak ckp tp ur words mmg cair..menyentuh sampai ke tangkl hati..touching laa
shasha
January 13, 2005   01:33 PM PST
 
best sangat.....saya suka penulisan aisya sofea. Kenapa tak ada novel terbaru aisya sofea. Saya baca berulang-ulang kali.
ryn
January 8, 2005   12:56 PM PST
 
I would rate this novel 4-5 *
adriyana ting
December 28, 2004   06:46 PM PST
 
best sangat..... Kenapalah tiada penulis yang sebaik penulis nie? Ideanya tiada persamaan dengan penulis lain. Paling sedih untuk tahun 2003
Em
December 21, 2004   12:25 PM PST
 
This is my favourite Malay novel. tak puas baca sekali.
dla
November 24, 2004   08:05 PM PST
 
menyayat hati

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments