Entry: Kasihku Abadi -Shanika Latisha Sunday, August 08, 2004



"Akan kusisipkan memori semalam selagi langit memayungi bumi"




Mungkin kulit novel ini yang menarik perhatian saya. Mungkin sinopsis ceritanya yang agak berlainan membuakkan perasaan ingin tahu saya untuk cuba menilai penulis baru ini. Setelah habis membaca novel ini dalam masa dua hari, saya ingin mengucapkan SYABAS kepada Shanika Latisha kerana berjaya menghasilkan sebuah novel bermutu yang berjaya meninggalkan kesan yang mendalam di hati saya.  Penulis muda yang muncul di persada penulisan dengan novel sulungnya Kasihku Abadi ini berjaya memaparkan plot cerita yang begitu menyentuh hati. Saya tertarik untuk membaca Kasihku Abadi kerana belum pernah ada lagi seorang  penulis yang menyentuh permasalahan AIDS dan menjadikannya sebuah novel di Malaysia ini. Seringkali kita mendengar dan melihat program-program berkenaan AIDS di TV dan radio. Pendek kata, Kasihku Abadi  sebenarnya mendidik kita tentang apakah itu AIDS dan bagaimana hendak menangani isu ini.

Pengalaman Shanika berdamping dengan pesakit AIDS sendiri ternyata digunakan sepenuhnya dalam cerita Kasihku Abadi . Shanika bisa mengukir nama sebagai salah seorang penulis wanita yang popular dalam sedikit masa lagi jika dia sentiasa konsisten dengan menghasilkan karya-karya yang berkualiti. Research Shanika berkenaan AIDS ternyata terserlah di dalam novel ini. Inilah intipati yang saya sering sebutkan dalam ulasan-ulasan saya yang terdahulu.

Isu AIDS dikupas dari kacamata penghidapnya, isterinya, keluarga dan rakan-rakan. Tidak dapat dinafikan lagi, tahap minda yang tajam, kritikal dan kreatif harus ada pada setiap penulis untuk membolehkannya mempersembahkan cerita kemasyarakatan dalam bentuk yang berkualiti. Penghayatan penuh Shanika dalam menulis tentang AIDS mengkagumkan saya. Tidak semua orang boleh menulis mengenai AIDS hanya berbekalkan dari pandangan luaran sahaja. Kematangan Shanika dalam membicarakan AIDS dari setiap sudut dapat mendidik pembaca tentang pentingnya kesedaran kita dalam menghadapi isu AIDS.

Di sebalik kekuatan plot cerita Kasihku Abadi , penggunaan "aku" sebagai  menggantikan Wana agak tidak konsisten dari awal hingga akhir cerita. Peralihan penceritaan dari "aku" kepada Risyam atau Wana sepatutnya digarap dengan lebih teliti supaya tidak menimbulkan kekeliruan pembaca. Ini sahaja yang agak mencacatkan perjalanan plot cerita Kasihku Abadi .

Dunia penulisan adalah satu bidang yang sangat subjektif. Jika kita ingin menulis mengenai sesuatu isu, kita harus tahu apa yang ingin kita tulis. Kita harus membuat kajian, menganalisa isu itu dari sudut pro dan konnya, dan menulis berdasarkan prinsip yang kita bentuk hasil dari kajian kita. Penulis-penulis novel popular Melayu masa kini biasanya hanya menulis , bak kata pepatah Inggeris, hanyalah "the tip of the iceberg". Seorang penulis sepatutnya bukan hanya boleh menulis mengenai "the tip of the iceberg" tapi harus juga tahu melakarkan bagaimana pembentukan ketulan ais itu berlaku, sejarah kewujudannya, bahayanya dan sebagainya. Ini semua berbalik kepada kelas-kelas karangan kita semasa kita di sekolah rendah lagi atau bengkel-bengkel penulisan yang giat dijalankan di merata tempat. Penguasaan Bahasa Melayu yang baik juga sebenarnya boleh mengangkat mutu karya penulis-penulis novel. Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa yang indah dan halus. Kebijaksanaan penulis menggunakan Bahasa Melayu untuk menghasilkan novel-novel yang bermutu mampu membawa karya ke peringkat yang tertinggi.

Rating: ****(BEST)

   11 comments

water proof shoes
September 26, 2012   04:09 AM PDT
 
I have been taking splenda for several months. Just lately I realized that the moles on arms and especially legs had increased.By a sudden impulse while visiting my doctor for something else I showed the increased moles to him on one leg. He pointed out that two of the moles did not look good, he sent one small part of one of them to the lab and it came back as pre- cancerous. Both moles have been removed since. No more splenda for me.,248699,http://novelcintamelayu.blogdrive.com/archive/5.html
Moncler Tulsa Quincy Mengs
September 21, 2012   05:57 AM PDT
 
Even if you are the only one who wants to save your troubled marriage you can do it alone once you know what you need to do. So, relax, take a deep breath and let's get started with some things you can do to get started on saving a troubled marriage.,205200,http://novelcintamelayu.blogdrive.com/archive/5.html
Michael Kors Hamilton
September 15, 2012   02:53 PM PDT
 
If you wish to be the best man, you must suffer the bitterest of the bitter.,681605,http://novelcintamelayu.blogdrive.com/archive/5.html
waniey
July 8, 2011   09:09 AM PDT
 
cerita yang boleh bukakan mata masyarakat terhadap golongan yang kurang bernasib baik...
miza
February 18, 2011   10:11 PM PST
 
salam. novel ni memang best. setiap kali baca novel ni mmg saya akan mengalirkan air mata..sangat menyentuh jiwa. kata2 puitis dalam novel ni mmg menyentuh jiwa terutama kata2 hadi pada wana
cda
October 13, 2006   12:21 PM PDT
 
mmg besh gler cter nih... air mate komfom akan mengalir stiap kali bace crite nih, even dah byk kali bace...
syu
December 12, 2005   08:55 AM PST
 
citer nie best sgt sedih.....tapi klu betul-betul ader isteri yang cam gitu, memang rugi la suami yang tglkannye.
zura
December 8, 2005   01:55 PM PST
 
Betullah. Baca buku ni sorang2 memang boleh menitiskan air mata. Sedih giler.
arirada
November 27, 2005   03:07 PM PST
 
sungguh menyentuh perasaan!!baca sorg2 utk lebih penghayatan, sure mengalir air mata..
adriyana ting
December 28, 2004   06:43 PM PST
 
bolehlah. Kesiankan kena aids. OK
apidah
September 16, 2004   04:00 AM PDT
 
saya sangat kagum dengan wana dalam novel ini.penulis memang bijak dalam aspek penghayatan naluri dan kehidupan yang sedia hujud dalam masyarakat kita.ia tidak tertumpu pada cinta semata tapi penuh dengan pengorbanan dan ketabahan seseorang dalam melalui liku hidup ini.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments