Entry: Cinta Pertama - Norhayati Berahim Tuesday, July 27, 2004




Sinopsis Cerita di Kulit Buku:

Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia, cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.

Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi, sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati...atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati? Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama....terseksa dalam keindahan?



Pada pendapat saya, karya terbaru Norhayati Berahim ini, Cinta Pertama, tidak banyak beza dari novel-novelnya yang lain. Elemen feminisme yang sering ditonjolkan dalam novel-novelnya terdahulu juga menjadi tunggak utama dalam Cinta Pertama. Kisah cinta tiga segi adalah plot utama. Carl Zafran tidak percayakan cinta. Noktah. Kenangan masa silam membentuk Carl Zafran menjadi manusia yang degil dan tidak tunduk pada perempuan. Tapi juga, hanya perempuan juga yang boleh melembutkan seorang lelaki. Kehadiran Nurul Iman dalam hidup Carl Zafran sebenarnya membuatkan lelaki itu keliru dengan dirinya sendiri. Watak sekondari seperti Muaz, umi ( Dr. Afifah), Haji Ahmad, Dr. Rahmat dan lain-lain adalah perencah yang mewarnakan kemelut di antara Carl Zafran dan Nurul Iman. Elemen kekeluargaan juga diselitkan oleh Norhayati Berahim dalam novel ini. Ini adalah salah satu intipati Norhayati Berahim dalam setiap novel yang dihasilkan olehnya. Norhayati Berahim menghargai institusi kekeluargaan walau mungkin ada badai-badai yang menimpa.

Salah satu sebab saya menyukai karya Norhayati Berahim ialah dia suka menggarapkan latar belakang cerita berdasarkan suasana di luar negara. Skop cerita ini agak meluas - tidak merangkumi hanya dalam rumah saja yang kadang-kala boleh menimbulkan rasa bosan kepada pembaca. Dunia sekarang semakin menuju ke arah dunia tanpa sempadan. Menggabung jalinkan unsur-unsur positif dari luar ke dalam budaya kita seharusnya dilakukan dengan lebih aktif oleh penulis tempatan supaya pembaca novel Melayu tidak seperti "katak di bawah tempurung". Saya bersetuju sangat dengan pendapat Norhayati Berahim, luas perjalanan , luas pandangan. Salah satu komennya yang saya gemar,"Seperti kata pepatah, dunia ialah sebuah buku, sesiapa yang tidak mengembara ibarat hanya membaca sehelai muka surat sahaja."

Rating:****

   22 comments

rose
July 6, 2010   05:39 PM PDT
 
teringat satu novel norhayati ibrahim yg penah saya baca tapi tajuknya dah lupa. saya menangis tersedu2.... hebat penulis ni!
kasih
May 17, 2010   12:43 PM PDT
 
la....lame nye aku crik novel ni tak jumpe2 la...
mike
December 29, 2008   05:32 PM PST
 
ermm..3rd novel ive read..i luv it after Jibam..
zyra
May 7, 2008   02:03 AM PDT
 
CINTA PERTAMA...
novel niela novel yg pertama aku bc...
best sgt!!...
diELa
October 24, 2007   05:04 PM PDT
 
Assalamualaikum..
'Cinta Pertama'..
menarik sgt2..
cengkih
August 4, 2007   03:10 PM PDT
 
karya norhayati ibrahim jarang sekali menghampakan pembaca.Tahniah..
PEAH
July 12, 2007   01:05 PM PDT
 
CINTA ITU BOLEH DIUMPAMA KAN BAGAI MAKAN SAMBAL BELACAN..WALAU PEDAS MENGALIR AIRMATA PASTI MAHU DIMAKAN JUA...CINTA JANGAN BUAT MACAM GORENG PISANG SUNGGUH ENAK BILA MAKAN PANAS-PANAS..BILA IA SEJUK JADI KURANG ENAK...HAHA..HILANG SEDAPNYA...
SYED
February 28, 2007   11:15 AM PST
 
"cinta pertama" ni sama dengan lain lain novel cinta ,arus semasa.saya rasa cuba pembaca membaca novel "kiranya aku tahu" karya nasrol shamsudin..kerana ia berpandukan pengalaman kisah benar .berhubung dengan perasaan sebenar seorang lelaki dalam mencari diri sendiri dan cinta hakiki..saya bagi 7 bintang novel ini
Iman
December 16, 2006   02:38 PM PST
 
alhamdulillah..
yg pling myentuh ia tuuryt mengaitkan ttg keISLAMAN
Name Rokiah
March 23, 2006   09:10 PM PST
 
Sebagai penggemar novel tempatan, karya Norhayati punya stail tensendiri dalam setiap novelnya. Banyak pengajaran dan berlatarbelakang luar negara dan kita terasa seolah kita turut hanyut dalam tulisannya....
dija
March 17, 2006   01:29 PM PST
 
gud...
INSAN
February 5, 2006   06:03 PM PST
 
NOT BAD....Saya belum baca tapi saya dapat merasakan perasaan cinta pertama itu.
aida
January 28, 2006   09:03 PM PST
 
best...salah satu novel karya Norhayati Berahim yg saya suka..but the best memang Pesanan terakhir seorg lelaki, hati yg luka, sentuhan kasih, airmata kasih.
arirada
November 30, 2005   07:53 PM PST
 
antara buku yg paling sy sayang!!
lynn
September 22, 2005   10:11 AM PDT
 
helooooo....... u punya cerita langsung tk best you no.........
nor
August 23, 2005   06:15 PM PDT
 
Ye..betul. Pesanan terakhir seorang lelaki lagi best. Nak-naknya kalau imagine muka Nik Arif tu macam Fahrin Ahmad.
Name Ezz
June 7, 2005   10:24 AM PDT
 
We've some opinion kay! Cinta pertama best but x boleh tanding ngan pesanan seorang lelaki.
sakuraBee
May 12, 2005   03:37 PM PDT
 
best sangat!!
iza^_^
April 14, 2005   10:40 AM PDT
 
it's good.
kay
March 8, 2005   03:27 PM PST
 
Diantara buku-bukunya yang baik, tetapi the best is still Pesanan Seorang Lelaki...
khai_nisa
February 3, 2005   04:02 PM PST
 
bolehlah tahan....
adriyana ting
December 28, 2004   06:47 PM PST
 
best sangat....

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments