Entry: Selamat Tinggal Sayang - Ma Lee Chuswan Sunday, July 25, 2004




Sinopsis Di Kulit Buku

Aku ingin menjadi 'puteri'... kalau tidak puteri kayangan pun... cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian puteri-puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian, dongeng zaman kanak-kanak yang entah bila mampu Puteri kecapi. Lalu kerana 'Puteri', dia senang menjadi 'Dee', bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. Namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. Perkawinan ini satu tanggungjawab... melepaskannya jua satu tanggungjawab yang tidak terjawab. Bertahun Dee menjadi pelarian, siapa sangka bertemu suami dalam suatu periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus bersembunyi... dan sampai bila Puteri harus digantung tidak bertali...


"Jangan bazirkan air mata you kerana I...sebab I memang begini. Air mata takkan mengubah I, Puteri...tapi ia buat you kelihatan lemah!" tambah Hakim lalu melangkah pantas meninggalkan Puteri. Sudah terlambat, Hakim. I dah lama menangis kerana you...getus hati Puteri hiba. You musnahkan hidup I.....

Tidak banyak yang saya ketahui mengenai novelis ini. Hanya sebuah nama. Saya kurang pasti samada dia ini lelaki atau perempuan. Tapi, yang pastinya, Ma Lee Chuswan menghasilkan novel-novel yang saya kira menarik. Tidak rugi membeli novel-novelnya. Saya berterima kasih dengan perempuan muda di sebuah kedai buku yang mengenalkan saya kepada salah seorang penulis yang bagus.

Novel Selamat Tinggal Sayang mengisahkan seorang wanita, Puteri,  yang "melarikan diri" dari suaminya, Hakim. Setelah sekian lama, mereka terjenuh kembali dalam suasana kerja yang sama. Hari berganti hari, suaminya merasakan yang Puteri ini banyak mengingatkannya kepada seorang wanita yang dikenalinya dulu, Dee. Misteri terbongkar dan di sini klimaks cerita Selamat Tinggal Sayang bermula.  Saya suka sekali dengan gaya penulisan Ma Lee Chuswan. Dia melakarkan setiap suasana dengan penuh penghayatan. Bait-bait penulisannya yang lebih menjurus kepada bait-bait deskriptif berupaya membuatkan pembaca membayangkan apa yang sedang berlaku pada masa itu. Ma Lee Chuswan bijak menggunakan bahasa kiasan dengan meluas untuk menyampaikan maksud tersirat. Inilah kekuatan unik penulis misteri ini. Bahasa kiasan bersulamkan peribahasa dan simpulan bahasa adalah antara aspek bahasa yang terindah dalam Bahasa Melayu. Inilah aspek yang mewarnai Bahasa Melayu sebenarnya. Tanpanya, Bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang mendatar. Tidak ada rencah yang menarik.  

Plot cerita Selamat Tinggal Sayang yang pantas mendorong saya untuk terus menghabiskan novel ini dalam masa dua hari. Oklah tuh.  Banyak perkara baru yang saya pelajari setiap kali saya memilih untuk membaca novel-novel karya Ma Lee Chuswan.

Saya rasa Creative Enterprise patut mencontohi Alaf 21 dengan menyelitkan sekali profil penulis-penulis novelnya dan membuka forum interaktif untuk membolehkan pembaca-pembaca berkomunikasi dengan penulis-penulis kegemaran mereka. Sekurang-kurangnya , cara begini boleh menaikkan lagi jualan novel-novel keluarannya. Setiap kali saya mahu membeli novel Creative Enterprise, saya teragak-agak. Pertama, tiada maklumat tentang penulisnya. Siapakah orangnya? Berapa lamakah dia berkecimpung dalam dunia penulisan? Apakah keunikan novelnya ? Kedua, sinopsisnya agak samar-samar . Mungkin ini adalah strategi pemasaran Creative. Tapi, bagi saya, jika lebih banyak maklumat disalurkan kepada masyarakat umum, lebih ramai orang akan tertarik untuk membeli novel-novel Creative. Bukan setakat komputer atau benda lain yang harus jadi mesra pengguna, tapi novel-novel Melayu juga harus bersifat "mesra pengguna" atau "user-friendly".

Rating: ****(Best Giler)

   63 comments

Norasiah binti baharuddin
May 11, 2013   10:38 AM PDT
 
semua novel dia saya ada,Selamat tinngal syg,Lamaran kedua,Permata hati dan kejora.Seorang penulis yg berbakat tapi syg dia tidak menulis lg...
belstaff outlets uk
May 4, 2012   06:08 PM PDT
 
I thank thee that I am none of the wheels of power but I am one with the living creatures that are crushed by it.,756470,http://novelcintamelayu.blogdrive.com/archive/3.html
anne
January 23, 2012   11:40 PM PST
 
hye..sy m'cari buku MLC Lamaran Kedua..pls..e-mail me:pittanne10@yahoo.com
TieJay
September 19, 2011   11:36 PM PDT
 
as salam semua...sape2 yg nk dptkan novel Selamat Tinggal Sayang bole cari dekat kedai buku di tingkat bwh Pertama Complex (sori nama kedai ai lupa la)...siang td ai ke kedai tu & luckily ada koleksi novel tu...
nia
July 11, 2011   12:56 PM PDT
 
karya2 mlc memg bez giler..mlc i mnat giler dkt novl2 u..tpi syg pasl u i xthu..xkshlh u laki or pmpuan jnji u seorg pnulis yg bgus..kpd pnulis2 bru diluar sna anda hruslh mencntohi mlc,bkn sy brbkt mlh setiap pnulisannya berkualiti
Ida
July 7, 2011   11:56 AM PDT
 
Salam...just nak share je novel ni dah ada jual semula oleh Creative...last week g book fair ada jual gak novel ni semula...so leh la dptkan...beli kt website creative pun boleh gak ;D
Ida
July 7, 2011   11:56 AM PDT
 
Salam...just nak share je novel ni dah ada jual semula oleh Creative...last week g book fair ada jual gak novel ni semula...so leh la dptkan...beli kt website creative pun boleh gak ;D
hidayah
July 5, 2011   03:27 PM PDT
 
novel nie best sgt............ sy dah carik kat merata tempat nak beli yg baru sbb hilang.......... sedih tau novel nie hilang
Name
June 22, 2011   04:02 PM PDT
 
saya dah lama nk cri nvel selamat tinggal sayang...tapi nvel tu mcm dah pupus jgak je.....agk nya
fieza
May 21, 2011   03:33 AM PDT
 
semua novel MLC sy ader kecuali GELORA.MLC pun penah balas surat sy dulu waktu tu sy masih d bangku sekolah lg.. hepy sagt! Minat MLC sesangat, n waiting for next novel( kalo dia still bkarya lg)
Name MLC
May 17, 2011   01:00 PM PDT
 
Hai! CESB kata akan ulang cetak novel 'SELAMAT TINGGAL SAYANG...' & 'PERMATA HATI' sekitar tahun ini. Harap2 betul spt yg beritahu kpd saya pd bulan April yang lalu. NoveL 'GELORA' pula confirm diterbitkan semula oleh Penerbit Kaki Novel Ent dan akan dipasaran dlm bulan June 2011 ni kalau tidak ada aral melintang. Kpd yg tgh mencari-cari sejak berpuluh tahun yg lalu itu, silalah buat tinjauan kat KAKI NOVEL.COM.ye... Terima kasih. MLC
Sinar
May 4, 2011   12:47 PM PDT
 
Saya masih mencari novel ma lee chuswan yg bertajuk.."Selamat Tinggal Sayang"... ade sape x yg nak jual....
Pada ma lee chuswan...terbit an la....nak baca sgt2 ni....Plsss...
Name
March 30, 2011   05:05 PM PDT
 
novel selamat tinggal sayang ni bez sgt2....i pjm dgn kawan... pas2 nk bli tp xde da cz nvl ni da lma... arap2 akn cetakan semula utk nvl ni......
Name
March 18, 2011   04:54 PM PDT
 
Hai semua!

Terima kasih di atas komen2 di atas. Sorrylah sebab buat pembaca semua tercari-cari novel gelora selama bertahun-tahun. Mmg novel tu dah pupus, tapi jgnlah beli salinan photostat yg berharga 3x ganda dari harga asal dan memotivasikan lagi individu2 yg terlibat dlm hal2 pelanggaran hakcipta ni - PIRACY IS THEFT. Sebenarnya saya dah lama cuba utk menerbitkan semula novel Gelora tetapi sentiasa saja ada 'aral yang melintang'. Tapi harap2 tahun ini ada rezeki sebab sekarang saya sdg berurusan dengan penerbit KAKINOVEL untuk terbitkan semula novel ini dalam edisi baru sebagai novel Gelora yang diberi nafas baru. Walau bagaimanapun masih lagi terlalu awal sebab belum ada jawapan hitam-putih dari penerbit tersebut. Harap2 semuanya okey dan peminat2 tidak lagi tercari-cari...Sayangi diri & ceria selalu - TQ. Ma Lee Chuswan
Name
February 10, 2011   04:33 PM PST
 
novel gelora tu rasanya dah kena banned. tak boleh publish lagi. rasanya thn 2000 or 2001. sekali dgn buku cinta 100 ela (novel raja azmi)
anna
January 22, 2011   12:26 PM PST
 
kalau sesapa nak beli novel, gelora, permata, tirai impian n etc from maa lee chuswan. bleh email to me, juma_jelita26@yahoo.com
sha
December 21, 2010   09:17 PM PST
 
ROMEO-xleh fotostatkn ke buku gelora tu???nti byr ar bank in ke
sha
December 21, 2010   09:15 PM PST
 
salam..ada sesiapa yg tau mn nk cr bk gelora??soalan ni pun dhbyk org lain tny tp xda jwpn pun ek..klu ada minta tolong bgtau ya sharme_82@yahoo.com
yan
November 25, 2010   10:27 AM PST
 
salam..saudara romeo dapat beli kat mana novel gelora..boleh bagi alamat x ini email saya yan_nie27@yahoo.com

terima kasih
romeo
November 9, 2010   07:44 PM PST
 
saya start cari novel ma lee chuswan pada 1 okt 2010.saya ambil masa 1 bulan 25 hari untuk dapat 5 novel ma lee chuswan iaitu gelora,lamaran kedua,tirai impian,permata hati dan selamat tinggal sayang.syukur berjaya jugak saya dapatkannya.Now tengah kumpul buku mat romeo lak.huhuhu
ana
August 13, 2010   06:17 PM PDT
 
ade x sesapa yg ade copy buku GELORA dari MAA LEE CHUSWAN??? saya nak fotostat. saya ade semua buku tulisannya kecuali GELORA. jika sesiapa ingin mendapatkan buku beliau seperti, permata hati, tirai impian n etc bleh email sy.. juma_jelita26@yahoo.com. yg ade buku GELORA plsssss jugak email sy k. tq
fyza
July 16, 2010   04:18 PM PDT
 
siti, novel gelora tu mmg dah tak kuar lg. sy dah tanya alaf 21 ngan cesb. saya pernah baca pinjam dr kawan. mmg best tp cite tu lebih sesuai utk 18 ke atas. kalau sesiapa yg ade koleksi gelora buzz me ye. nak pinjam photostat. nak wat koleksi. fizah_mco@yahoo.com
SITI AMINAH
June 16, 2010   01:52 PM PDT
 
NOVEL GOLORA MEMANG BESAT SANGAT...SAYA INGIN MENDAPAT KAN KELUARAN NOVEL BELIAU TP D MANA...BANTU SAYA............................
dessy_ima
June 3, 2010   01:25 PM PDT
 
hi all,

saya pun sama masih tercari2 buku gelora karya MLCW...saya da beli dulu tapi bila orang lain pinjam dia xmo pulangkan kembali pada saya...:-( sekarang pun masih mencari dan akan terus mencari.... jika ada sesiapa yang ada buku ni letak la di dalam FB or blog ke atleast kita boleh sama2 membacanya....nak tanya macam mana nak cari buku anna fira karya lamia aimal....? jika ada tolong contact saya... amoq80@yahoo.com. TQ
chumik
April 13, 2010   10:06 PM PDT
 
surprise betul bila tau ramai orang yang cari buku gelora tulisan beliau...saya pun sangat terkejut yang beliau ada buku gelora....boleh tolong dapatkan info tentang buku ini? saya nak oder juga lah.... send info kat email plzzzzzzz chumikncball@yahoo.com
love
March 11, 2010   04:16 PM PST
 
cam ner ek nak dptkan novel mlc.dulu aku dh beli tp da hamba allah ni pinjam x pulang...klu da sape2 yang tau cam ner nak beli novel mlc info la kat aku
Jamaruziana
November 29, 2009   05:53 PM PST
 
Siapa nak cari buku MLC boleh cuba tempah di kedai uku kat dalam puduraya. Baru2 ni saya pergi ke sana (selepas hampir 10 tahun), memang x de stok MLC...Sbb koleksi saya telah hilang ketika berpindah. Karya dia memang hebat...saya pun masih mencari jika ada yg terkini tapi x ada. Menurut tuan punya kedai, jika ada permintaan beliau boleh tempah dari publisher. Tq
nur idris
October 4, 2009   12:11 AM PDT
 
yeah..saya juga sdg mencari buku MLC tajuk gelora..lebih 5 tahun da saya cari..huhu..please sesapa yg blh tlg contact saya di nuridris87@yahoo.com
mira
April 6, 2009   04:36 PM PDT
 
sy pnh bc selamat tinggal sayang jer..

mmg best sbb 2 sy igt nama Ma Lee Chuswan walaupun da bertahun..

tp thats the first n last novel die yg sy bc..

xpnh jumper buku die dah kdai buku..npe ek..
lynna
March 28, 2009   12:24 PM PDT
 
sya pun minat gk ngan MLC ni..cuma sy nak dapatkan novel selamat tinggal syang jer..buku ni saya dah baca tp yg kawan punyer la.so, mcm mn sy nak dapatkan bulu nih..juz for my koleksi.any ideas??
Fida
January 7, 2009   08:47 AM PST
 
sesapa yang ada gambar cover buku gelora tu, post la kan kat sini. Kekadang tak ingat cerita tapi ingat rupa..... or e-mail me...
( fida.mokhtar@yahoo.com.my)
Fida
January 7, 2009   08:29 AM PST
 
Saya pernah pergi satu pesta buku, dan bertanya pada jurujual tu tentang buku baru Ma Lee Chuswan. Jurujual tu kata ketika itu Ma Lee Chuswan baru lepas bersalin dan masih dalam pantang. Tak tau la betul ke tak.... Ingat dah baca semua buku dia, dah tengok blog ni baru tau rupanya ada lagi buku GELORA yang belum dibaca...
ladylinda
November 3, 2008   02:53 PM PST
 
Susah la nak cari koleksi MLC ni...da merata saya cari xpernah pun jumpa novel dr MLC...any ideas??
yayaguilera
August 22, 2008   01:20 PM PDT
 
dia penulis berbagsa cine lar
su211
June 22, 2008   04:09 AM PDT
 
saya pun dh stat buat koleksi novel maa lee chuswan nih..n yes nvl gelora mmg pls best..watak mira yg 'keras' tu,kalo sumer pompuan x mudah cair mcm mira ni mungkin akan kurang sket kdr p'aniayaan jiwa ke atas pompuan kut?
leah
March 28, 2008   01:06 AM PDT
 
Aslm,saya telah membaca 2 novel ma lee chuswan iaitu Gelora dan Permata hati.Kedua-duanya jalan cerita yang menarik.Gelora adalah novel yang paling saya sukai terutamanya watak antara Adam dan Mira
maira
February 21, 2008   12:15 PM PST
 
saya pernah baca cerita gelora karya maa lee chuswan dalam majalah remaja beberapa tahun dahulu, tapi sayang tidak tahu kesudahan cerita ini. Setiap kali menjejak mana2 kedai buku, mesti mencari buku ini, tapi sayang tak pernah saya jumpa..
ida
January 8, 2008   12:19 PM PST
 
i minat sgt novel gelora...huhu sape2 yang ada maklumat pasal buku tu plez contant i...
zira
November 20, 2007   12:21 AM PST
 
ingatkan kte je yg cari ma lee chuswan dan lamia aimal.. rupenye ade jugak org lain yang sibuk mencari sebarang info terkini pasal diorang nie.. sehati sejiwa kte nie.. hehehe..
etta
November 5, 2007   09:10 PM PST
 
Malee chuswan...kemana menghilangnya dia...saya pun tertunggu-tunggu karya dia...memang best giler la garapan cerita beliau...bahasa nya bagus lagi.. tak ada lagi ke yang terbaru...lama dah kepingin buku dia...you are the best malee chuswan. Tiada yang setanding...
roshafiza
October 5, 2007   12:57 AM PDT
 
i minat giler ngan ma lee chuswan....i da cari kat merata rata kedai p i tak jumper buku gelora...
kalau sesaper ada information ttg buku tu plez gtau...
putrie
August 15, 2007   02:50 PM PDT
 
lev you ma lee chuswan..
sye ada terdengar bahawasanya maleechuswan ni seorang LELAKI.. dan berasal dari SIAM...
betul Ker???
tak kisahlah siapa pun dan dimana pun dia berada, saya tetap support suma karya..dan saya amat mengharapkan agar karya terbarunya akan menjadi yang trbaik diantara yang terbaik...
novel gelora...? ada ker??
apasal sye tak tau yerk..
by da way..thanks kat ma lee coz ciptakan karya se"best" Selamat Tinggal Sayang..
sye dah bca berkali2 pun tak penah bosan.. bes giler lah beb....
bayangan gadis sekasar dean dan wanita seayu puteri serta lelaki setampan hakim sentiasa dalam fikiran....
malee chuswan memang bijak membawa pembaca ke alam fantasi yang diciptanya...
bazura
August 12, 2007   11:51 AM PDT
 
harap2 ma lee chhuswan dpt menghasilkan kesinambungan novel selamat tinggal sayang sebab ending dier yang best tu sikit sangat.tak puas!!!!
suryani mustapha
May 1, 2007   01:03 PM PDT
 
i like the novel by mimie afinie.
kimi
April 25, 2007   11:47 PM PDT
 
bolehlaa
faie
February 14, 2007   08:32 AM PST
 
ma lee chuswan....i suka baca novel dia...da lama cari novel gelora tp xjumpa2....xboleh ke cetak semula novel tu....please
Name Ramlah
January 27, 2007   12:42 AM PST
 
Ya lah, mana dia pergi ha? lama saya cari buku barunya. untuk Ma Lee Chuswan, kalau anda sekarang sedang menyorok, tunjukkanlah rupa anda lewat karya2 baru. sayang menyepi begitu saja sedang ramai yang merindu.
kavita
December 19, 2006   10:19 AM PST
 
i ada semua koleksi Ma Lee Chuswan kecuali gelora.....

i memang dah jadi gila novel selepas membaca novel permata hati dari Ma Lee Chuswan...

the great writer....
Thanks SIR.......
NAILOFAR
March 20, 2006   10:12 AM PST
 
MA LEE CHUSWAN ,YOU ARE A GOOD NOVELIS... I WILL SUPPORT..DA
Azma
March 18, 2006   02:57 AM PST
 
Penjejak MA LEE CHUSWAN...

tgh mencari n ingin memiliki NOVEL GELORA...terbitan alf 21...malangnya tidak dicetak lagi..

saya dah ada smua koleksi ma lee chuswan kecuali novel gelora....memang best!
aida
January 28, 2006   09:09 PM PST
 
Memang best...MLC salah seorg novelis yg saya minat..:) saya notice MLC dari segi penulisannya ada hangat sedikit...bagus jugak...satu kelainan tapi tak leh lah lebih sangat...:D hope MLC tulis novel baru lagi?? Teringin sangat nak cari Novel Gelora dari MLC. Nak tau jugak how good the story is, memang 4 novels nya semua pun bagus..keep on write novel pls. MLC..:D
Rasha
January 27, 2006   12:49 PM PST
 
Saya pun dah baca 3 novelnya. yg paling menarik : SELAMAT TINGGAL SAYANG.
Hana Sarawak
January 25, 2006   07:09 PM PST
 
anyway, all ur books are the best i've read.as best as zuraidah othman.but what i'm sad about is i'd tried so many times to search for ur novel titled GELORA which u wrote long tme ago.So please tell me anyone, how can i get the book.tq n best o luck in making more great novels.
Izza
November 7, 2005   02:05 PM PST
 
sebenarnya sy menjejak seorg penulis yg tlh lama tdk menulis - Lamia Aimal. Dlm pencarian, sy terjumpa komen mengenai tulisan Lamia yg mirip Ma Lee Chuswan, langsung membawa sy ke laman ini. Selepas membaca ulasan Carrie, sy terus mendapatkan novel ini. Sy hanya ambil masa semlman membacanya-malam raya kedua! :-) Tdk mengecewakan dan memang gaya penulisan Lamia mirip Ma Lee. Jika ada sesiapa yg tahu mengenai kedua-dua org penulis ini, harap sudi berkongsi info.
nor
October 20, 2005   02:10 PM PDT
 
maaf cakap la..saya tak setuju dgn pendapat korang semua. Saya terpengaruh dgn ulasan di sini lalu pergi membeli novel ni walaupun di tengah2 bulan. Ruginya rasa sebab ceritanya hanyalah cerita biasa: lelaki kacak, org berada kawin dgn perempuan miskin tapi cantik bagai bidadari. typical cinderella story.. yg lelaki ego, yg perempuan lemah sampai takde semangat nak hidup semata2 sebab cinta di tolak...how pathetic!
mayyacali
August 8, 2005   10:30 PM PDT
 
suke jugak ngan novel ma lee chuswan tapi dah lama tak der novel baru..ke mana dia menghilang yer?....tak sabar nak dapatkan novel terbaru dia..please inform me klu ader novel baru dia kat market.
islawati
July 11, 2005   05:23 PM PDT
 
Thanks to all of u yg usulkan buku ni di sini. walaupun secara tidak langsung.. setelah membaca banyak komen yg baik saya telah mendapatkan buku ini utk merasai sendiri kehebatannya even sudah lama dipasaran!
seperti juga carrie, saya telah menghabiskan buku ini dalam masa 2 hari (setelah ditolak waktu tidur dan sebagainya)..tak sabar2 nak ketahui kesudahan cerita ini mengenangkan tajuknya seolah2 ia berakhir dengan air mata.. rupa2nya tidak! :) bait2 ayat di dalam novel ini saya kira cukup mantap dan perjalanan cerita tidaklah lembap menyebabkan saya tidak meninggalkan sebaris ayat pun untuk menghabiskan cerita ini dengan cepat..(seingat sayalah) ternyata novel Creative hebat hasilnya walaupun kelihatan tidak "gah" spt novel Alaf21. saya setuju dengan Carrie,sepatutnya Creative mencontohi Alaf21 yg bnyk mendekatkan pembaca dengan penulis..
akhir sekali komen saya tentang novel ni, saya rasa buku ini lebih sesuai dengan orang yang lebih "dewasa" utk membacanya memandangkan ada beberapa adengan yang agak "hangat" di sini.. walaupun aksi itu tidak salah antara Hakim dan Puteri yang sudah menjadi suami isteri..
sekarang saya sedang membaca novel cemburu seorang perempuan.. hasil daripada komen baik dari blog ini... semoga ianya turut tidak mengecewakan saya!

saya berikan STS ****1/2 bintang!
mina
June 3, 2005   04:23 PM PDT
 
Penulis ini seorang perempuan, berketurunan Siam dan berasal dari Kelantan
khai_nisa22
May 3, 2005   11:36 AM PDT
 
Saya dah baca semua novel Ma Lee Chuswan terbitan CESB tapi inilah buku tulisan beliau yang paling saya minat.
flore
February 1, 2005   05:31 PM PST
 
saya setuju sgt dgn komen korang pasal penulis ni.dulu tak minat sgt baca novel2 tp lps bca karya Ma Lee Chuswan sy jd hantu novel.sya tengah cari novel Gelora karya ma lee chuswan tapi tak jumpa.korang ader tak?citer ni best sgt..novel 1st sy baca.
ryn
January 8, 2005   12:58 PM PST
 
stuju dgn ur comment 'deskriptif' thats what hooked me. Kabarnya dia bukan penulis melayu?
adriyana ting
December 28, 2004   06:48 PM PST
 
Tirai Impian, Lamaran Kedua Permata Hati Selamat Tinggal Sayang Adalah karya penulis nie. Ceritanya best sangat.
Dian
October 22, 2004   12:19 PM PDT
 
Just to recommend to you some other novels yang ditulis oleh Ma Lee Chuswan. Beliau adalah salah seorang penulis kegemaran saya. Buku karya beliau, Permata Hati...is one of the best yang I pernah baca....Novel ini keluaran CESB.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments