Entry: Setia Menanti- Fauziah Ashari Saturday, July 24, 2004




Hanya sonata rindu yang mampu merawat luka-luka semalam



Fauziah Ashari dikenali ramai kerana dua novel sebelumnya yang agak popular, Pergilah Sepi dan Ombak Rindu. Populariti penulis ini terletak pada gaya penulisannya yang sederhana, bahasa mudah difahami dan bersahaja. Tidak banyak isu berat yang diketengahkan dan sesuai untuk bacaan ringan sebenarnya. Garapan ceritanya dalam Setia Menanti lebih kemas dan mantap berbanding dua novelnya yang lain. Plot cerita juga agak kemas. Walaubagaimanapun, penulis ini tidak menepati kualiti yang saya cari-cari dalam seorang penulis novel. Setakat ini, penulis-penulis yang mencabar minda saya dengan hasil penulisan mereka ialah Aisya Sofea dan Norhayati Berahim.

Hasil karya Fauziah Ashari mungkin lebih sesuai untuk mereka yang mahu membaca untuk menghilangkan rasa bosan dan bersantai. Isu-isu yang disentuh hanyalah sekadar isu-isu biasa dan tidak dikupas secara intelektual. Mungkin Fauziah Ashari harus banyak membuat kajian (research) sebelum memulakan sesuatu novel. Kajian amat penting sebenarnya sebelum memulakan sesuatu cerita. Tanpa kajian yang mendalam, tidak mungkin kita dapat menghayati dan membawa pembaca ke alam penceritaan kita itu. Secara keseluruhan, novel Setia Menanti menyentuh naluri kewanitaan saya. Mungkin jika ianya diterokai secara mendalam, novel ini bisa memberi impak yang mendalam kepada pembaca-pembacanya.


Sinopsis Cerita
Ajmal bercinta dengan Adrina. Kemudian, kekasih lama Ajmal, Fatihah muncul kembali dalam hidup Ajmal. Tanpa diduga, Ajmal menikahi Fatihah untuk menyelamatkannya. Berlaku konflik percintaan segi tiga.

Rating: ***(OK)

   9 comments

rifa
December 31, 2008   08:07 PM PST
 
cite yang boleh dikatakan agak menarik...ada jugak part dalam cite yang membosankan...saya lebih suka baca nvl kedua beliau....
ungu...
April 10, 2008   03:33 PM PDT
 
errm...
novel best ape...
sian kat ati n rina..
sian gak kat amal...
Annyss
December 3, 2007   03:38 PM PST
 
saya paling suke novel ombak rindu tu. Baca berulang kali pun tak jemu. Sampai terbayang-bayang watak Haris tu dalam mimpi saya. Hmm...
raihan
September 1, 2007   05:03 PM PDT
 
bez tullah novel ni...hadup saye hampir camtu gak!!
azura
January 29, 2007   05:54 PM PST
 
HM....NOVEL NI LEPAS NOVEL OMBAK RINDU...
PUN BEST JUGAK CUMA OMBAK RINDU LAGI BEST KOT DARI SEGI CARA PENYAMPAIAN CERITA TAPI KALAU IDEA RASANYA NOVEL NI LAGI BANYAK IDEA KOT...
CUMA ADA JUGAK PART TAK PUAS HATI BILA HERO KEDUA ZULFARIS TU TAK ATHU APA KESUDAHANNYA....
nor
August 22, 2005   01:40 PM PDT
 
banyak sangat kebetulan dalam novel ni. Fauziah ni macam terikut-ikut sekian banyak drama2 dan filem2 melayu yg terlampau2 banyak kebetulannya. Best lagi Ombak Rindu.
samurai jack
July 21, 2005   12:36 PM PDT
 
kau orang tak suka...tapi aku suka..kalau dalam carta aku novel ni dapat no 2 sbb yg pertama novel sutera biru(rythym)...tapi aku tak beli aku pinjam kat library.
by samurai jack
norra
May 25, 2005   01:00 PM PDT
 
Saya tak sukakan novel ini. Meleret-leret pada sesetengah bahagian, dan kalaulah saya jadi editor, nipis novel ini saya kerjakan.
iza^_^
April 14, 2005   12:06 PM PDT
 
novel yang paling menyakitkan hati.Membaca kerana sudah membelinya. Rugilah klau x habis baca.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments