Entry: Arjuna Hati - Norzailina Nordin Monday, August 16, 2004



"Engkaukah itu dalam tidurku? Engkaukah jua dalam jagaku?




Syabas saya ucapkan kepada Norzailina Nordin di atas kemunculan karya terbarunya Arjuna Hati. Inilah initpati karya mantap dan matang yang selama ini saya cari di dalam kebanyakan novel Melayu di pasaran. Norzailina berjaya membawa saya melalui satu zaman kolonial dan menjelajah ke bumi England untuk mencari asal keturunan Shahbudin-Dean yang terdampar di England seratus tahun yang lalu secara tidak sengaja. Kajian mendalam Norzailina tentang Arjuna Hati begitu terserlah sekali. Inilah kekuatan cerita Arjuna Hati sebenarnya dan inilah juga yang sering saya sebut dalam ulasan-ulasan saya yang lepas. Arjuna Hati berjaya mencabar minda saya dan membuatkan saya tidak sabar-sabar menghabiskan novel ini dalam masa 2 hari. Norzailina berani meneroka satu tema berunsurkan sejarah keturunan yang jarang sekali dikupas oleh penulis-penulis novel yang lain. Idea Norzailina begitu unik. Kisah percintaan sebenarnya saya rasa hanyalah satu plot sekondari dalam Arjuna Hati. Plot utamanya lebih berkisar mengenai nilai kekeluargaan dan keazaman merapatkan kembali tali persaudaraan yang lama terpisah di antara dua benua.

Pada amnya, novel-novel Melayu banyak berkisar tentang kisah percintaan dengan tema yang begitu cetek. Kupasan mengenai cinta juga tidak mendalam. Mungkin kerana mengikut kehendak para penerbit yang lebih berminat untuk menerbitkan novel popular sebab sememangnya novel popular lebih banyak terjual berbanding dengan novel yang agak "berat". Tetapi, saya rasa, masyarakat kita semakin ramai yang sudah "educated" dan pastinya mereka juga mahukan bahan bacaan yang bukan sahaja popular tetapi mempunyai elemen-elemen positif yang mendalam yang mendidik mereka mengenai kehidupan.

Resipi Norzailina kali ini memang ternyata berbeza namun saya pasti Arjuna Hati. sudah menjadi panas di pasaran. Ini berdasarkan dari reaksi-reaksi positif yang saya dapati dari kawan-kawan dan reaksi pembaca di laman web Alaf 21.

Arjuna Hati. pasti tidak akan mengecewakan.

Rating: ****1/2 (Best)

   9 comments

najib
June 16, 2009   12:53 AM PDT
 
ok...but pening part middle cite ni...
gnerasi ke gnerasi...huh...but....exllent...
lg 1...ending...kurang mmuaskn lorhh...
thnx a lot...diz sngt mnrik jln citenye...
xde insuran
September 9, 2006   12:40 PM PDT
 
saya merasa tertekan kerana buku ini dimasukkan sebagai salah satu karya kajian malay background speaker bagi pelajar year 12 australian matriculation. pada seawal saya memulakan pembacaan, saya mengakui saya agak tertarik dengan permulaan cerita tentang dean. namun, sebaik sahaja tibanya ke zaman azhari, saya terus hilang minat terhadap cerita memandangkan pembangunan watak yang sgt lemah kurang sesuai. watak serena terutamanya, begitu kemelayuan hinggakan sukar untuk saya menetapkan dalm ingatan sewaktu saya membaca bahawa serena itu 'minah salleh'. saya fikir ada baiknya penulis membuat cerita berlatar belakangkan masyarakat malaysia kerana penulis dilihat belum bersedia menulis kisah kehidupan masyarakat luar. anyway, GOOD LUCK!
Name
December 30, 2005   12:53 PM PST
 
bolehlah.....
mawar
August 30, 2005   12:33 AM PDT
 
Saya membaca buku ini setelah melihat review carrie.

Saya pernah tinggal 10 tahun diUK dan memang penulis ini melakukan kajian mendalam untuk buku ini. Latarbelakang sejarah tepat dan terperinci dan paparan kisah 'jatuh-bangun' Dean dan orang sezamannya realistik, tepat dan penelitian cekap oleh penulis.

Gambaran tempat dan suasana juga teliti dan menyakinkan seolah2 penulis menulis dari UK! Ye ke?

Namun di awal novel, banyak 'phrase' atau ayat2 terasa seperti terjemahan English-Malay...agak menganggu kerana sepatutnya saya sedang membaca novel melayu.

Satu lagi kesan 'interesting' saya rasai adalah sewaktu membaca dialog antara Azhari dan Serena; otak saya menterjemahkan dialog melayu itu ke English (siap dgn slangnya) supaya dialog itu menjadi realistik! Kesan yang agak lucu bagi saya!

Tapi..tapi..tapi..walaupun perjalanan ceritanya menarik dan realistik tapi..pada saya kesudahannya mengecewakan...penulis macam nak cepat sudahkan cerita dan membiarkan keadaan tidak diselasaikan dgn memuaskan, membuatkan saya terkejut, marah dan tak syok dgn watak utama..orang kata hilang respect.. Terasa macam penulis nak ambil jalan mudah mengakhiri cerita dan tak nak 'explore' lain kemungkinan.
Kalaupun kesudahan itu yang dipilih..bagi saya harus ada 'penyelesaian' antara watak yg lebih memuaskan agar pembaca tidak rasa terkilan dan rasa 'tak fair'...kalau sayalah..SIGH!
iza^_^
April 14, 2005   11:02 AM PDT
 
xpenah baca this book coz not interest sinopsisnye. tapi cover buku nye memang menarik dan beautiful
ryana
March 24, 2005   11:05 AM PST
 
Saya suka sgt jln certa dlm buku Arjuna Hati ni. Sbnrnya dah lama sgt nak beli buku ni. Tapi bila pergi bookstore saja... dah pegang tapi was-was nak beli atau tidak. Tambah pula bila adik ckp, tak payah belilah! Tak best! Rasanya dekat 3 kali pegang buku ni di bookstore. Kali yg terakhir tu beli juga. Saya kuatkan smngat utk membeli buku ni. Dan... akhirnya berbaloi juga duit yg saya laburkan utk buku ni. Thanks Kak Norzailina atas cerita yg lain dari yg lain!
kak lin
February 28, 2005   07:40 PM PST
 
Terima kasih, walaupun long overdue tapi kak lin sentiasa ikuti ruangan you. InsyaAllah, kak lin akan menjadikan ini motivasi utk melahirkan karya yg lebih mencabar minda.
ryn
January 8, 2005   12:52 PM PST
 
unlike her previous book/s I love this till d end. tp tak smua org suka dan nampak masih berlonggok kat bookstore :(
Em
December 21, 2004   12:18 PM PST
 
Best! Lain dari yang lain.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments