Tuesday, August 17, 2004
Selamat Malam Tan Sri

"Apakah dia ingin membalas budi atau hanya membeli sebuah jiwa?"




Selamat Malam Tan Sri ini lebih banyak menyingkap kehidupan seharian seorang wartawan Mingguan Wanita, Hanim Hanani. Kisah cinta dalam diam Hanim juga diselitkan tapi saya rasa fokus utama Sri Diah dalam novel ini bukanlah mengenai cinta Hanim terhadap seorang Tan Sri yang disegani ramai. Dalam kesibukan Hanim mencari berita sensasi, teman lamanya Zaidi muncul dalam hidupnya.


"Tapi, aku bukan Zaidi yang dulu. Aku datang kembali dalam hidupmu sebagai seorang askar yang tewas. Aku gagal dalam jalan yang ku pilih sendiri.."

Hanim dilanda kemelut antara mencintai suami orang dan perjalanan kariernya. Dia juga memikirkan masa depannya yang harus menyara keluarganya yang bergantung harap dengannya.

"Rasanya bukanlah satu dosa kalau dikatakan antara lelaki dan perempuan saling memerlukan. Seperti bulan dan matahari, umpama air dan api, saling berhubungkait. Namun, lelaki yang ada dalam hatiku sekarang bukan lelaki yang aku impikan. Dia hadir dengan membawa masa silam yang penuh muslihat dan masa depan yang entah bagaimana, penuh prasangka."

"Alangkah seronoknya mendengar suaranya. Ianya garau parau, kasar tapi lembut nadanya dan paling tidak dilupa dekah gelaknya...meruntun sanubari, membangkitkan rindu."

"Dan kini, Hanim baru sedar, kedatangannya dalam hidup lelaki itu,..tidak membawa apa-apa..apa lagi harta dan kedudukan. Dia hanya membawa sekelumit saja harapan. Dia bukan orang hebat untuk dibandingkan dengan nama-nama lain yang ada kena-mengena dengan lelaki itu. Dia bukan wanita luar biasa untuk dihubungkan secara peribadi dengan lelaki itu. Dia hanya perempuan biasa....Dia tidak ada apa-apa kelebihan....Dia hanya membawa secebis cinta sahaja..."

Jika anda berminat untuk menjadi seorang wartawan, Selamat Malam Tan Sri mendedahkan segalanya. Sri Diah berjaya menggarap kisah kehidupan seorang wartawan dengan begitu "detail". Perjalanan ceritanya pantas , seiring dengan pergerakan pantas seorang wartawan yang ingin mencari "scoop" untuk majalahnya. "Scoop" ialah kisah sensasi utama yang belum dibuat liputan lagi oleh wartawan-wartawan yang lain.

Sri Diah bukan nama asing lagi dalam dunia penulisan. Selain menjawat jawatan sebagai editor pengurusan di Kumpulan Karangkraf, Sri Diah juga aktif menulis novel. Sri Diah lebih banyak menjurus kepada kisah cinta metropolitan. Kisah  realistik yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari. Mungkin kerana dia terdedah dengan pelbagai cerita masyarakat sepanjang pengalamannya menjadi seorang wartawan majalah, Sri Diah berupaya mengeksplotasikan apa yang dialaminya dalam novel-novelnya. Jika anda mengimpikan novel seperti cerita "Cinderella", maka novel Sri Diah bukan untuk anda. Novel-novelnya banyak berpijak di bumi yang nyata dan memerlukan kematangan pembaca untuk menilai buah tangan Sri Diah ini. Seperti dalam Selamat Malam Tan Sri, melalui kacamata Hanim Hanani, Sri Diah menyelongkar kisah rumahtangga berantakan juga pelbagai skandal dalam kota metropolitan. Bagi saya, secara peribadi, saya menyukai cerita-cerita di "belakang tabir" cinta ini. Apa pun, kematangan Sri Diah nyata terserlah dalam Selamat Malam Tan Sri.

"Hakikatnya Hanim tahu, dia tidak ada apa-apa hak ke atas lelaki itu. Dia bukan kekasihku, aku bukan miliknya, kata hati Hanim. Tapi Hanim tahu semua itu bagai satu penipuan perasaan. Dia tidak sanggup hendak menidakkan keinginan yang mula bersarang, satu rasa cinta yang terlalu manis untuk dilalui. Tapi bila?.... Gilalah aku kalau mengharap yang tak pasti....antara fantasi dan realiti...antara yang pasti atau hanya angan-angan kosong belaka.."

Rating: ***1/2 (OK)

Posted at 08:24 am by carriekirana
Comments (2)  




Friday, August 20, 2004
Jauh - Aisya Sofea

"Masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh ditakdirkan"




Aku teringat kata-kata Fikri kali pertama kami keluar bersama di Llandudno dua tahun yang lepas. Katanya:
"Pertama, I nak seseorang yang boleh menyayangi I sepertimana I menyayanginya."
"Kedua, I nak dia menerima I tanpa mempedulikan siapa diri I yang sebenar."
"Ketiga, I nak hidup dengan dia selama-lamanya selagi hayat dikandung badan. Kalau I sudah menemui seseorang seperti mana yang I katakan tadi, I akan menyayanginya lebih dari I menyayangi diri I sendiri."



Sudah lama saya tidak membaca novel Melayu. Pada satu ketika, otak saya seakan tepu dengan novel-novel Melayu. Tambahan pula, sebuah novel yang saya baca sebelum ini agak mengecewakan saya. Jalan cerita yang sama dan cedokan idea dari sini-sana dijadikan novel untuk dijual kepada pembaca. Saya tidak puas hati jika saya harus membayar RM20 untuk sebuah cerita yang merupakan cedokan dari novel-novel terdahulu yang pernah saya baca. Biodata si penulis juga mendedahkan bahawa si penulis mendapat idea dengan membeli novel-novel dari beberapa syarikat penerbitan. Sebenarnya, bukan dia menjadikan idea itu sebagai rujukan tetapi sebagai "acuan" untuk karyanya.  Kalau kita seorang yang teliti dan cerewet dengan apa yang kita baca, tentu kita dapat melihat unsur-unsur plagiarism terserlah di dalam karya tersebut.  Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk "berehat" seketika dari membaca novel Melayu.

Minggu ini, entah kenapa saya terasa mahu membaca novel Jauh- karya Aisya Sofea. Jauh merupakan novel sulung Aisya Sofea yang melonjakkan Aisya dalam dunia penulisan sastera popular. Bermula dari Jauh, Aisya mengorak langkah menghasilkan Jendela Hati, Kau Untukku dan Sehangat Asmara (Rujuk entri saya yang terdahulu). Jauh mengisahkan tentang sebuah kisah cinta yang normal. Seorang wanita, Ika terpaksa memilih antara dua lelaki yang hadir dalam hidupnya.

Aisya Sofea mempunyai pengikut setianya tersendiri yang meminati gaya penulisannya. Namun, terus terang saya katakan di sini, saya bukan antara pengikut setia Aisya Sofea. Ini, adalah kerana setiap kali saya membaca karya Aisya Sofea, saya berasa letih. Letih untuk mengikuti rentetan permainan perasaan dan pergolakan emosi si heroin dari awal hingga ke hujung cerita. Aisya Sofea kurang memberi penekanan kepada plot cerita sebaliknya lebih gemar menyelami isi hati seorang wanita yang emosional dan komunikasi antara si hero dan si heroin.  Saya pula kurang gemar penceritaan meleret mengenai emosi seorang wanita dengan begitu panjang lebar dari sebesar-besar konflik hingga sekecil-kecil isu yang remeh. Jika anda sukakan satu penerokaan ke dalam emosi seorang wanita hingga anda dapat merasa denyutan perasaan seseorang wanita itu, maka pastinya karya Aisya Sofea bisa memuaskan hati anda.

Apa yang pasti, selepas membaca Jauh, barulah saya dapat melihat bagaimana Aisya Sofea semakin mantap dalam penulisannya di dalam novel-novel terbarunya yang saya baca sebelum ini . Biasalah, setiap novel sulung para penulis banyak kekurangannya ( plot lemah, penceritaan agak tidak konsisten ) namun saya dapati kekurangan ini selalunya diperbaiki di dalam novel-novel terbaru yang dihasilkan.

Rating: *** (OKlah)

Posted at 03:44 pm by carriekirana
Comments (9)  




Monday, August 23, 2004
Suite 1908 - Sri Diah



Sejak kemunculan novel Sri Diah yang baru iaitu Jangan Ada Dusta, saya mendapati ia adalah lanjutan atau perkembangan satu watak dalam Suite 1908. Jadi, saya membaca Suite 1908 dahulu sebelum mula membaca Jangan Ada Dusta.

Apa yang dapat saya perkatakan di sini ialah Sri Diah masih mengekalkan resipinya tersendiri dalam setiap karyanya - cinta metropolitan. Pergolakan hidup seorang perempuan diselami di dalam Suite 1908 Cerita Suite 1908 bukan seperti cerita tipikal seperti dalam kebanyakan novel-novel Melayu yang ditulis oleh kebanyakan penulis-penulis novel muda berusia awal 20-an yang masih merasakan cinta itu ialah satu taman syurga yang indah. Suite 1908 memaparkan cinta realiti yang berlaku di alam realiti. Elemen ini yang membuatkan saya suka membaca novel Sri Diah.


"Lelaki tidak boleh menjadikan kita layang-layang. Dan, dia tidak boleh menarik tali itu bila angin datang, atau menghulurnya supaya kendur bila angin tiada...."


Lelaki itu kini sudah lupa diri. Bagai layang-layang, kini dia terawang-awang megah di angkasa. Dan yang bertanggungjawab menentukan ke mana haluan dan bagaimana hayunan laluannya itu ialah perempuan-perempuan yang pernah dikasihinya.


Cinta memang mengasyikkan namun cinta seharusnya membuatkan kita lebih matang menilai definisi cinta itu sendiri. Cinta bukan hanya indah di awal perkenalan tapi cinta seharusnya menjadi satu manifestasi dalam mengharungi suka-duka kehidupan bukan disulami dengan elemen-elemen ketidakjujuran, ketidaksabaran dan nafsu. Cinta yang berdasarkan nafsu atau tarikan seksual tidak akan kekal lama. Inilah yang mungkin cuba ditonjolkan oleh Sri Diah dalam novel Suite 1908. Kisah kehidupan seorang perempuan simpanan Datuk Karim merupakan plot utama dalam novel ini walaupun ada sub-plot yang lain untuk menambahkan rencah Suite 1908.

Kisah dalam Suite 1908 memang perkara normal yang berlaku di kalangan Datuk- Datuk yang berduit di kota metropolitan. Ia bukan cerita khayalan semata-mata. Saya memang arif dengan fenomena yang semakin berleluasa di kota ini. Semuanya sebenar terletak di tangan perempuan itu sendiri. Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jerat lelaki kaya ada di mana-mana di segenap lapisan kota metropolitan. Seperti kata seorang teman, kita harus bijak ber"taici" atau bijak menepis godaan. Kemudian, tepuk dada tanya selera.

Apa yang saya minati tentang karya-karya Sri Diah ialah bait-bait perkataan yang digunakan. Ringkas, kreatif dan menarik tetapi amat mendalam maksudnya. Inilah kekuatan Sri Diah di dalam karya-karyanya.

Rating: ***1/2 (OK)

Posted at 04:08 pm by carriekirana
Comment (1)  




Tuesday, August 24, 2004
Seredup Kasihmu - Nia Azalea

Hatiku berbunga setelah dihinggapi kumbang kasihmu!



Nia Azalea adalah salah seorang penulis yang saya minati. Gaya bahasa kreatifnya memikat saya untuk terus membaca novel-novel keluarannya. Apabila saya menutup kulit buku Seredup Kasihmu , hanya satu yang terlintas di hati, cerita ini best. Jika bakat penulisan Nia Azalea digilap secukupnya, dia juga bakal menjadi seorang penulis yang popular sedikit masa lagi. Gaya penceritaannya konsisten dan tidak mengelirukan. Sense of humour penulis ini boleh dilihat dalam Seredup Kasihmu ini.

Seredup Kasihmu mengimbau kenangan silam saya semasa saya di kampus.  Mungkin juga , novel ini juga mengembalikan ingatan pembaca-pembaca lain yang pernah mengharungi dunia percintaan di kampus. 

Lea Haryani, watak heroin dalam novel ini digambarkan wataknya sebagai seorang perempuan yang sangat keras hati dan tidak suka bersosial  gara-gara didikan tegas yang diterima daripada Mak Longnya sejak kecil.

Dia mengenali Emir Syazwan secara terpaksa. Lea sebenarnya tidak suka berdampingan rapat dengan lelaki kerana dia merasakan lelaki akan mendatangkan masalah kepadanya .

Emir Syazwan pula dipaksa mamanya supaya mendampingi Syamen tapi kisah lama mereka telah lama terkubur.


"Mungkin juga egonya yang tinggi menghalang dirinya untuk menyemai semula kasih sayang yang pernah tercipta buat insan di hadapannya. Dia tidak sanggup mengabdikan dirinya dengan kerenah Syamen. Tidak sanggup menahan rasa dengan sikap Syamen yang terlalu ramai kawan lelaki. Baginya, menerima Syamen di dalam hidupnya, samalah seperti mengundang luka lama berdarah semula.."

"Mungkin sepanjang hidup I, I akan sentiasa memikirkan kesilapan yang telah I buat. Fikirkan tentang all the ifs..If we were to be together...if we were to love each other again...if we were.."


Demi untuk menyelamatkan pengajiannya, Emir tanpa jemu memujuk Lea supaya menjadi tutornya dan tanpa disedari mereka jatuh cinta. Classic love story, I should say. Tapi, Lea ragu-ragu untuk menerima cinta Emir.


" ..Lea Haryani tidak arif tentang cinta...cinta digambarkan sebagai kuasa mistik yang cukup hebat. Cinta mampu mengubah manusia. Ada yang merana, menangis air mata darah kerana dikhianati cinta.....lantas cinta dicap sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan..."



Suziyan, teman rapat Lea banyak membuka mata Lea kepada perkara-perkara asas dalam kehidupan terutama berkenaan cinta dan perasaan. Peranan Suziyan dalam novel ini sangat besar. Suziyan berjaya melembutkan hati Lea supaya menerima Emir.


" Jangan cakap macam itu Lea...Bukankah jodoh pertemuan itu ketentuan ALLAH. Setiap makhluk yang wujud di dunia ini dijadikan berpasangan. Dan kau sepatutnya memberikan peluang pada hati kau untuk membuat keputusan....Jangan terlalu keras hati, Lea. Andainya masa tiba kelak, berilah peluang kepada Emir..pada diri kau jugak..Aku nak tengok kau happy, Lea..."

"Kadang-kadang Lea, tak semua perkara perlu dituturkan. Kita observe dan perhati betul-betul. Kadang-kadang kita boleh agak. Boleh tahu sendiri. Bukan setakat agak dan tahu,...malah hati ini..."


Mana ada dunia percintaan yang tiada masalah dan cabaran. Begitu juga percintaan Lea dan Emir. Pendek kata, apalah ertinya sebuah percintaan tanpa pergolakan perasaan.


"Tertanya-tanya... sama ada, kehadiran saya ini memberi makna pada hidup awak atau tidak? Atau adakah saya hanya bertepuk sebelah tangan? Atau memang awak tak mengerti atau pura-pura tak mengerti?"

"Saya tak tahu Mir" Jawapannya meleret. "Hal perasaan ini susah kita nak cakap sebenarnya, kan? Lea tak reti. Mana mungkin saya dapat memberikan jawapan sedangkan...saya sendiri tak tahu Mir. Tak tahu apa sebenarnya  bermain di dalam hati ini."

"Perkara yang berlalu, biarlah berlalu. Agaknya kita belum matang Mir. Kita berdua sama-sama terlalu muda untuk memahami dan memberikan komitmen pada hubungan ini. Perjalanan kita terlalu jauh Mir. Masih banyak lagi perkara yang kita perlu perbaiki dalam diri kita." Lea Haryani mengetap bibir.



Nia Azalea berjaya menggarap cinta kampus dengan berkesan melalu gaya penulisannya yang segar dalam Seredup Kasihmu .  Watak-watak yang ditonjolkan juga berupaya menggerakkan cerita begitu juga sense of humor Nia Azalea yang kadang kala membuatkan saya tersenyum sendiri terutama berkenaan balang yang berisi mempelam. Kalau pembaca nak tahu apa erti balang berisi mempelam, bacalah Seredup Kasihmu.  Buah tangan Nia Azalea yang terbaru ini pasti tidak mengecewakan.

Pun begitu, kadang-kadang penerangan yang terlalu teknikal agak sukar untuk difahami oleh saya yang tidak begitu menggemari Fizik namun ia tidaklah sampai mencacatkan perjalanan cerita.

Saya tidak membaca lagi karya sulung Nia Azalea dengan Alaf 21, Kau Yang Satu.  Mungkin, selepas ini, saya akan ke kedai buku untuk mendapatkan Kau Yang Satu.


"Cinta saya pada awak, bagaikan pelangi! Indah dengan warnanya. Kita sentiasa mengharap panas sampai ke petang tapi kadangkala gerimis melanda di tengah hari. Biarpun demikian, pelangi tidak pernah lupa untuk menjelmakan dirinya setiap kali gerimis datang mengundang. Begitulah cinta saya pada awak Mir. Biarpun terluka tapi cinta saya tetap ada untuk awak. Sampai bila-bila!"


Rating: ****(Best jugak)

Posted at 10:18 am by carriekirana
Comments (4)  




Wednesday, August 25, 2004
Permata Hati - Ma Lee Chuswan

"Mimpi jadilah kenyataan....Aku tidak rela kehilangan"


Oleh kerana saya sungguh tertarik dengan karya Ma Lee Chuswan Selamat Tinggal Sayang, saya pun membeli karya Permata Hati ini. Tapi, saya agak kecewa kerana karya ini tidaklah sekuat Selamat Tinggal Sayang.  Apa pun, gaya penulisan Ma Lee Chuswan yang saya minati membuatkan saya habis juga membaca buku ini.

Permata Hati mengisahkan tentang sebuah perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Ikhmal Hisham dipujuk oleh ayahnya, Tuan Malek supaya bersetuju disatukan dengan Ariana, anak perempuan sulung Haji Mustaffa. Haji Mustafa berhajat besar untuk bermenantukan anak lelaki rakan perniagaannya. Malangnya, Ikhmal pernah dulu terjenuh dengan Ariana dan merasakan dia tidak patut meneruskan hasrat keluarga untuk mengahwini Ariana. Pelbagai perkara terjadi...yang pasti Ikhmal Hisham akhirnya jatuh cinta juga dengan Ariana tanpa dia sedari.

Plot cerita Permata Hati ini tidak ada kelainan dari novel-novel yang lain. Kisah cinta biasa yang disulami dengan "spoiler" atau kehadiran orang ketiga. Kisah cinta yang mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran. Itu sahaja.

Antara cabaran utama penulis-penulis novel ini sebenarnya ialah mengekalkan "expectation" pembaca di mana novel-novel baru yang ditulis harus menunjukkan peningkatan dari segi kekuatan cerita dan kemantapan plot ceritanya. Sama seperti sebuah kereta atau satu-satu perisian komputer.  Pembeli sentiasa mengharapkan bahawa setiap edisi baru yang keluar di pasaran harus sedikit sebanyak mempunyai kelebihan atau pembaikan dari edisi yang sebelumnya.

Rating: ***1/2(OKlah)

"Bila dah nekad terhadap sesuatu keputusan, jangan sesekali titiskan air mata, Riana..."

Posted at 08:24 am by carriekirana
Comments (29)  




Thursday, September 02, 2004
Bisikan Rindu - Mimi Afinie

"Ada getar di dalam dada bila kau menyeru namaku"





Syabas saya ucapkan kepada penulis baru Alaf 21, Mimie Afinie yang muncul dengan novel sulungnya, Bisikan Rindu. Saya agak terhibur membaca karyanya kerana plotnya yang pantas bergerak, yang penting tidak meleret-leret. Kekuatan Mimie terletak kepada gaya penceritaannya yang konsisten. Kematangan penulis amat terserlah dalam garapan cerita sulungnya ini. Penulis mungkin menerapkan pengalaman kehidupan sehari-harinya dalam novel ini. Bisikan Rindu banyak berunsur nasihat dan mengajak pembaca meninjau aspek prasangka dalam sesuatu perhubungan. Saya agak ini juga menjadi tunggak utama cerita ini. Kisah cinta yang dipaparkan adalah kisah cinta biasa, cinta tiga segi yang biasa berlaku di mana jua. Ikhwan bercinta dengan Dina, di samping itu, Shahrul juga menaruh hati kepada Dina. Seperti biasa, percintaan Ikhwan dan Dina disulami dengan adegan-adegan menyayat hati. 

Prasangka di dalam sesebuah perhubungan membawa banyak padah kepada satu hubungan cinta. Banyak hubungan cinta hancur akibat prasangka. Mungkin, ini yang ingin ditekankan oleh Mimie Afinie bahawa kita tidak seharusnya cepat menanam prasangka yang negatif terhadap pasangan kita. Tapi, kalau pasangan kita pernah melakukan kesilapan yang besar sehingga menghiris hati kita, maka, sebagai manusia biasa, perasaan prasangka tetap hadir tanpa disedari. Mungkin, ini berlaku kerana kita masih tidak dapat menerima kemaafan yang diberi. Mungkin kita merasakan kepercayaan itu semakin tipis hari demi hari. Perangai manusia ini bukan boleh berubah dalam sekelip mata. Kalau si lelaki memang kaki perempuan, misalnya, tidak mungkin dia boleh berubah dalam masa sehari. Sebab, itu adalah "kulit"nya. Tabiat semulajadi. Walau berulangkali dia meminta maaf, tapi dia tetap akan melakukannya lagi. Bila ada masa dan bila ada peluang. Namun, tidak dapat dinafikan, lelaki kaki perempuan ini pasti mempunyai seorang perempuan yang paling dicintai antara semua "spare-tyre" yang ada. Tapi, kadangkala, apalah gunanya menjadi perempuan yang paling dicintai kalau selalu dilukai. Hanya lelaki itu sendiri yang boleh mengubah dirinya sendiri, bukan orang terdekat atau orang yang disayangi.

Walaubagaimanapun, untuk memastikan perhubungan kekal, kita sebagai wanita harus banyak bersabar dan membuang prasangka jauh-jauh. Kerana, kalau kita membiarkan perasaan prasangka beraja di hati, itu akan mendatangkan ketegangan di dalam perhubungan kita itu. Kita harus belajar mengekalkan objectiviti kita dalam berbagai situasi. Kerana, kadangkala , kalau kita terlalu melayani perasaan prasangka dan emosi kita, kita juga yang rugi.



Setelah membaca banyak novel-novel melayu, saya perhatikan novelis Melayu kita ini suka menggarap plot dengan titik klimaksnya berupa kejadian-kejadian yang berakhir di hospital! Dan, selepas itu, kesedaran mula timbul di kalangan watak-watak dalam cerita dan plot cerita berubah sejak itu.  Boleh dikatakan, hampir semua cerita yang saya baca mesti menyentuh kisah di hospital. Adakah itu sahaja yang boleh difikirkan oleh novelis semua? Titik klimaks tidak semestinya harus berada di hospital. Atau, novelis mungkin terbawa-bawa dengan novel-novel yang mereka baca terdahulu lalu mereka merasakan tidak lengkap untuk menulis novel mereka itu tanpa adegan menyayat hati di hospital. Banyak lagi scene yang boleh digunakan. Kehidupan kita sehari-harian mempunyai pelbagai intipati yang menarik untuk dipaparkan dalam novel buat tatapan semua. Yang boleh dijadikan titik klimaks. Bukan semua orang yang bercinta yang ada masuk hospital.

Secara keseluruhan, saya rasa Mimie Afinie mampu melangkah jauh lagi di dalam dunia penulisan. Olahan segarnya dalam Bisikan Rindu menarik perhatian saya. Saya pasti akan mendapatkan karya kedua Mimi Afinie - Masih Ada Rindu.

Rating: ***1/2 ( Best jugak )

"Dina, hanya kau, dulu, kini dan selamanya"

Posted at 01:26 pm by carriekirana
Comments (26)  




Wednesday, September 08, 2004
Kau Yang Satu - Nia Azalea


Saya mula berminat untuk mengikuti karya sulung Nia Azalea ini sejak saya membaca Seredup Kasihmu. Saya melihat ada potensi yang besar pada penulis muda ini. Jadi, apabila Kau Yang Satu berada kembali di pasaran , saya mengambil peluang ini untuk menghayati Kau Yang Satu.

Ternyata, Kau Yang Satu tidak mengecewakan. Secara peribadi, saya menyenangi gaya penulisan Nia Azalea. Kesederhanaan gaya penulisannya memikat hati saya. Tidak terlalu mudah dan juga tidak terlalu susah untuk difahami. Walaupun Nia Azalea banyak menggunakan bahasa harian, namun dia juga tidak lupa menyelitkan bait-bait ayat "berbunga" yang sedikit sebanyak menambahkan rencah perjalanan cerita Kau Yang Satu ini .

Meskipun Nia Azalea boleh dikatakan masih baru dalam bidang penulisan, kematangannya mengolah plot ceritanya terserlah. Plot cinta tapi benci dalam Kau Yang Satu bukanlah satu kelainan namun Nia Azalea  mampu menggarap plot yang menarik di antara Taufik dan Salina. Kekuatan Nia Azalea sebenarnya terletak pada gaya penceritaannya yang konsisten, satu elemen yang saya dapati kurang terdapat pada gaya penulisan penulis-penulis muda yang lain yang masih bercelaru dan tidak mengikut urutan yang logik.

Novel kedua Nia Azalea Seredup Kasihmu menyaksikan peningkatan mutu karya Nia Azalea. Tidak hairanlah satu hari nanti, Nia Azalea bakal berdiri sama gah dengan penulis lain dalam genre novel cinta popular.

Rating:***1/2 (OK-Best jugak)

Posted at 09:36 am by carriekirana
Comments (16)  




Thursday, September 16, 2004
Ria Qistina - Bikash Nur Idris





Ria Qistina mengisahkan tentang seorang perempuan, Ria Qistina yang digambarkan wataknya sebagai seorang perempuan tomboy yang keras hati dan ego. Dia membina tembok di dalam hatinya kerana kehilangan orang-orang tersayangnya yang disebabkan oleh cinta. Tanpa disedari, guru sekolahnya , Zarif tertarik untuk mengenali gadis itu dengan lebih dekat kerana dia merasakan gadis itu tidaklah sekeras seperti yang disangkakan orang. Ada sesuatu yang diselindunginya.  Sifat ingin tahu Zarif berubah menjadi sebuah cinta. Tapi, Ria Qistina fobia untuk menerima cinta Zarif. Mereka terpisah dek keadaan.

"..keegoan dan kedegilan kita selama ini membuatkan kita jauh sedangkan kita mempunyai perasaan yang sama. Kita masing-masing tahu apa yang bermain di hati kita. Tapi kita EGO! Itu yang mengunci mulut kita selama ini. Namun, hari ini saya sanggup ketepikan saya demi awak, saya amat mencintai awak."

Setelah balik dari luar negara, Ria Qistina bertemu kembali dengan Zarif. Zarif kembali menagih cinta. Tapi Ria Qistina masih keliru dengan perasaannya sendiri.

"Ucapkanlah cinta. Apa lagi yang kau tunggu? Dia sudah tunggu kau selama ini, menanti kau dengan sabar sebagaimana yang dia katakan.Takkan kau nak biarkan dia menunggu lagi? Sampai bila kau nak dia tunggu? Sampai dia jemu?

"Kau masih takut dengan masa silam....Apa yang sudah berlaku sudah lama berlalu. Jangan biarkan ia mengaburi masa depan kau. Dia benar-benar mencintai kau..."
 
Apabila saya habis membaca Ria Qistina, karya kedua Bikash Nur Idris dengan Alaf 21 ini, apa yang dapat saya rumuskan ialah novel ini sesuai untuk bacaan golongan remaja.  Sesuai untuk remaja yang masih merasa manisnya cinta seperti madu. Bagi pembaca matang seperti saya, saya mendapati bakat dan kematangan Bikash dalam bercerita tentang kisah cinta masih di peringkat awal lagi. Mungkin juga kerana set cerita ini terletak di sebuah sekolah menengah, Sekolah Menengah Sultan Badlishah. Mungkin sebab masa itu Ria Qistina masih seorang penuntut sekolah menengah. Namun, Bikash harus lebih matang lagi dalam persoalan cinta ini.

Bikash juga merupakan antara penulis muda yang meningkat naik. Jika bakat penulisannya digilap dan kematangannya mencapai hampir 90%, mungkin karya-karyanya akan menjadi lebih mantap. Saya melihat gaya penulisan Bikash ada sedikit dipengaruhi oleh gaya penulisan Aisya Sofea. Mungkin Bikash terlalu meminati Aisya Sofea dan terbawa-bawa dengan pengaruh Aisya Sofea.  Tidak salah penulis muda mengikuti gaya penulisan penulis idolanya dalam dia mencari-cari identinya sendiri.

Saya cuma  ingin menyebut di sini tentang gaya penceritaan Bikash yang kadang-kala agak mengelirukan. Memang lumrah dalam novel, selain dialog, suara hati watak-watak utama juga dimasukkan sekali untuk pembaca lebih menghayati perjalanan cerita tersebut. Tapi, garapan Bikash dari perbualan dialog kepada suara hati watak-watak tersebut agak tidak kemas. Kadang-kadang, saya terpaksa membaca kembali frasa terdahulu untuk memastikan bahawa saya sebenarnya sedang mendalami suara hati watak tersebut bukannya perbualan watak itu dengan watak yang lain. Terdapat juga beberapa kesalahan "typo" yang harus dititikberatkan oleh editor Alaf 21. Kadang-kadang, nama watak itu sepatutnya Zarif tapi dia menjadi Arif. Bagaimanakah ini boleh berlaku?

Keseluruhannya, cerita Bikash ini menghiburkan. Aksi nakal budak sekolah menengah digarap dengan jelas. Mungkin juga Bikash menyelitkan pengalamannya sendiri sebagai seorang penuntut sekolah menengah? "Sense of humor" Bikash juga boleh dilihat dalam beberapa scene novel Ria Qistina ini.

Rating: *** (Boleh tahan - untuk remaja mungkin best)

Posted at 11:12 am by carriekirana
Comments (7)  




Friday, October 08, 2004
Tiga Wajah- Lamia Aimal

Keruntuhan itu membawa aku ke mercu indah





"Aku tak yakin, Fira. Aku tidak sekuat dulu lagi. Kubu pertahanan yang aku bina selama ini sudah runtuh. Entah bila tembok itu dapat ku dirikan semula."

Perjalanan cerita Tiga Wajah ini pantas dan tidak meleret-leret. Lamia Aimal, tidak banyak yang saya tahu mengenai penulis ini. Begitu juga, penulis-penulis Creative Enterprise yang lain.  Tapi, gaya penulisannya hampir menyerupai Ma Lee Chuswan. Pun begitu, Lamia Aimal mempunyai style dia yang tersendiri.  Tiga Wajah rasanya bukannya cerita cinta berat. Tidak ada babak-babak yang membuaikan perasaan. Tidak ada cerita yang meleret-leret. Pada pendapat saya, novel ini lebih banyak menekankan tentang pentingnya jati diri yang kukuh selepas gagal dalam percintaan.

Kini Qasrina sedar walau bagaimana kuat sekalipun cinta seseorang itu, jika dikehendaki Tuhan, ia akan musnah bila-bila masa sekali pun. Sebanyak mana usaha yang dilakukan, tidak mungkin dapat mengatasi takdir yang telah ditentukan oleh Ilahi. Sebagai manusia, dia mesti reda dengan takdir itu. Dan kehidupan seharian mesti diteruskan dengan lebih tabah.

Saya lebih suka mengklasifikasikan novel ini sebagai novel motivasi kerana novel ini memaparkan watak seorang perempuan yang tidak mudah menyerah kalah sebaliknya bangun membina identiti dirinya sendiri. Di dalam novel ini, Lamia Aimal berjaya menghidupkan watak Qasrina agar lebih tabah dalam menghadapi permasalahan dalam kehidupannya.

..dia mesti terus berusaha dan berdoa agar kejayaan kembali menemaninya. Dan kejayaan itu tidak mungkin dicapainya jika dia terus mengurung dirinya bersama kegagalan dan kekecewaan semalam. Tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempudu.

Ada juga sub-plot yang lain yang mengisahkan tentang cinta di bawah sedar. Pendek kata, Tiga Wajah tidak membosankan kerana diselangi dengan sub-plot yang menjadi komplemen kepada plot utama di mana watak utamanya ialah Qasrina. Sub-plot itu berkisar kepada  bibit-bibit percintaan Ikhtisyam dan Safirah yang mekar selepas berkawan baik sebegitu lama.

Agaknya itulah yang dikatakan rakan sejati. Ibarat penggerak ketika terhenti, penghibur pada kala sunyi, panduan pada saat mencari, penglipur lara semasa kecewa dan sama-sama bersenandung semasa gembira.

Aku membiarkan cahaya yang pernah muncul dalam hidupku berlalu pergi. Kini aku mula tercari-cari cahaya itu kembali.

Apa pun,  Tiga Wajah menyelitkan unsur-unsur positif yang boleh dijadikan renungan dalam kehidupan sehari-hari kita.

Rating: ***1/2 ( OKlah - menghiburkan)

Posted at 12:22 pm by carriekirana
Comments (2)  




Saturday, October 09, 2004
Pesona Rindu - Sharifah Abu Salem


Ingin kuucap selamat malam agar mimpiku menjadi mainan tidurmu.......


"Najmah juga kesunyian selepas kematian Safuan. Masing-masing hanyut dalam pesona rindu
yang dalam. Tentu sahaja mereka berdua ingin mencari tempat berpaut. Rindu yang bertamu pasti melemaskan. Sunyi yang menerpa menjadi satu seksa. Kedua-duanya berkongsi perasaan yang sama. Salahkah kalau kedua-duanya akhirnya saling jatuh cinta? Saling mahu menghapus rindu dan duka? Salahkah mereka?"

Apa yang boleh saya ulas di sini ialah Sharifah Abu Salem sememangnya seorang novelis yang mantap dalam menggarap jalan cerita Pesona Rindu. Kisah mengenai poligami merupakan konflik yang sering mengkucar-kacirkan masyarakat kita pada amnya. Namun, Sharifah memilih untuk mengupas isu yang sensitif ini dari kacamata isteri muda. Mungkin Sharifah ada sebabnya sendiri dalam melihat isu poligami melalui watak Najmah. Perjalanan babak cerita Sharifah pantas dan tidak meleret - satu aspek yang saya sukai dalam membaca karya Sharifah Abu Salem. Pokoknya, Pesona Rindu adalah salah satu lagi karya yang saya kira kukuh dalam mewarnai dunia novel Melayu masa kini. Buah tangan Sharifah yang terbaru ini pasti tidak mengecewakan para peminatnya.

Rating: ***1/2(Best jugak) 

Posted at 12:53 pm by carriekirana
Comments (3)  




Previous Page Next Page


CARRIE KIRANA

Kuala Lumpur
10 Julai/Cancer
Tulis, baca, masak, muzik, tonton wayang, melancong
Ungu, Maroon, Hijau Pucuk Pisang
Maggi goreng, nasi ayam, tiramisu, blueberry cheesecake
Ice lemon tea, green tea
Hubungi/sembang dengan saya di:carriekirana2@yahoo.com

Saya bukan siapa-siapa, hanya seorang hamba Allah yang mencari ruang di alam maya ini untuk melakukan satu perkara yang menjadi sebahagian daripada saya - menulis.


"BACAlah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia mencipta manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya." - Terjemahan Ayat 1-5, Surah Al Alaq.

"Books showed me there were possibilities in life, that there were actually people like me living in a world I could not only aspire to but attain. Reading gave me hope. For me, it was an open door."-Oprah Winfrey

"You know you have read a good book when you turn the last page and feel as if you have lost a friend"-Anonymous.

LATEST ADDITION TO MY TREASURE TROVE OF BOOKSTORES

Times Pavilion - This is a new bookstore in town for booklovers and of course my new favorite place to find books. Excellent promotion for members - get 3 books for 2 - on top of that 5% for each book on discount; a lounge for members to enjoy chilling out and free WiFi
Borders- If you are lucky, you can get three books for the price of two books - Worth going
Times KLCC - I like Times very much because of the 10% off if you are a member , new arrivals - you can enjoy up until 25%- worth going
Popular, Ampang Point - Even better, sometimes you can get 20% off selected titles or the new arrivals
Kinokuniya KLCC - Check out some good promotions they have - new arrivals 20% off if you purchase another book of the same value or less
Minerva, Jalan TAR - a haven for Malay novel enthusiasts, attractive 20% off the wide range of Malay novels of your choice
MPH, Midvalley Megamall- Paling kedekut - you can only get points and once in the blue moon, you will get the red carpet specials but being a member doesn't get you much discount like the rest.



Bacalah seribu buku jika anda mahu menulis sebuah buku.


aku menulis bukan kerna nama... di sini aku coretkan pengalamanku, menjadi Cinderella Cinta, mengembara ke alam-alam cinta yang dizahirkan oleh deretan novelis... adakalanya perjalananku dihiasi denganGurindam Jiwayang indah dan telus; Pada satu ketika, aku juga dilambungOmbak Rindu. Aku terasa betapa Manisnya Cinta Yang Terindah dan Hangatnya Asmara. Adakalanya, cinta itu menjadi tragis lalu ia menjadi Rahsia Si Perindu. Kadang-kadang, hatiku tercuit... terusik... mengenangkan Epilog Cinta. Bila sampai masanya, air mataku juga bisa mengalir... Sesekali, ayat-ayat cinta yang indah kusimpan, untukku menulis rasa hatiku dalam ... diari dan surat... emel ? barangkali. Sudah jauh pengembaraanku... Mencari erti Cinta di bawah Bulan Yang Berbisik... di sebalik Bayangan Rindu... kadangkala aku terasa Bagaikan sang Puteri... menelusuri Labyrinth kehidupan namun sejauh mana aku pergi...aku hanya tahu yang satu...bahawa Syurga cinta akhirnya letaknya Di hati. - Carriekirana



.



   





<< January 2019 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31














































Name :
Web URL :
Message :

















Counters




Layang-layang- Koleksi Sajak Carriekirana

Bookrack - Carriekirana's Reviews on English Novels

Carrie's Column

Kolum Bintang Carriekirana



****1/2
Setulus Setia Seindah Nama - Siti Hasneza Abdul Hamid
Moga Kau Mengerti - Lily Haslina Nasir
Epilog Cinta - Lily Haslina Nasir
Hatiku Di Harajuku - Ramlee Awang Murshid
Nyanyian Tanjung Sepi - Noorsuraya
Tunjukkan Aku Satu Bintang - John Norafizan
Cenderawasih - Fatinilam Sari Ahmad
Cemburu Seorang Perempuan - Siti Hasneza Abdul Hamid
Arjuna Hati - Norzailina Nordin

****
5 Tahun 5 Bulan - Hlovate
Andai Kumiliki Semalam- Syamimi Aminolah
Percayalah - Ruby Hazri
Buatmu Kekasih - Aisya Sofea
Secebis Kasihmu - Syamimi Aminolah
Hati Yang Terusik -Nia Azalea
Pergilah Lara - Nor Erny Othman
Belaian Jiwa-Nor Erny Othman
Takagi Sayang - Nor Erny Othman
Yang Terindah - Anis Ayuni
Angin Dingin Dari Utara - Siti Hasneza Abdul Hamid
Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Aku Cintai-Nor Erny Othman
Bagaikan Puteri-Ramlee Awang Murshid
Sempadan Tanpa Seri-John Norafizan
Rahsia Perindu-Ramlee Awang Murshid
Biru Ungu Cinta-Noorsuraya
Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim
Kesturi - Fatinilam Sari Ahmad
Mahligai-Salina Ibrahim
Rindunya Kian Membara-Noosuraya
Tiada Indah-Ras Adibah Radzi
Bisikan Kasih-Norhayati Abdul Malek
Rindu Yang Pergi-Fazie Hanna
Kasihku Abadi - Shanika Latisha
Selamat Tinggal Sayang - Ma Lee Chuswan

***1/2
Surat Ungu Untuk Nuha - Noorsuraya
Relevankah Aku Di Hatimu - Rnysa
Jangan Biarkan Aku Menangis - Norhayati Berahim
Syurga Di Hati - Salina Ibrahim
Lelaki Terakhir- Sabariah Araur
Kau Laksana Bulan- Aina Emir
Kasih Antara Kita - Aleya Aneesa
Tanpamu Di Sisi - Puteri Andalas
Getaran Rindu - Norzailina Nordin
...Dan Mimpipun Bersatu - Izza Aripin
Semalam Ku Bermimpi - Aina Emir
Sutera Biru - Nor Rafishah Md Hassan
Kau Kekasihku-Anis Ayuni
Satu Janji - Ramlee Awang Murshid
Suara Hati-Anis Ayuni
Bukan Cinta Biasa - Izzul Izzati
Megalomania - Fatinilam Sari Ahmad
Tanah Andriyana-Noorsuraya
Gemersik Kalbu - Anis Ayuni
Untukmu Hana-Salina Ibrahim
Cintamu Di Hati-Aida Adriani
Manisnya Cinta - Anis Ayuni
Sesuci Cinta-Aina Emir
Pesona Rindu-Sharifah Abu Salem
Tiga Wajah-Lamia Aimal
Kau Yang Satu-Nia Azalea
Bisikan Rindu-Mimie Afinie
Permata Hati-Ma Lee Chuswan
Suite 1908-Sri Diah
Selamat Malam Tan Sri - Sri Diah
Pergilah Sepi-Fauziah Ashari
Tak Seindah Mimpi-Sharifah Abu Salem
Air Mata Kasih-Norhayati Berahim
Ombak Rindu-Fauziah Ashari
Sehangat Asmara-Aisya Sofea
Cinta Pertama-Norhayati Berahim


***
Tiada Batasan Sayang - Norhayati Berahim
Rinduku di Angin Lalu -Norishah Abu Bakar
Lafazkan Cintamu - Aida Adriani
Janji Kasih - Sri Diah
Kembalikanlah Kasihku - Nazawati Abdul Manap
Adam & Hawa - Aisya Sofea
Demi Kasih Ini -Hasreeyati Ramli
Bahagia Itu Miliknya - Rozita Abdul Wahab
Cinta..Tiada Akhirnya - Fauziah Ashari
Emilya Zulaikha -Ariff Affandy
Dendam Yang Terindah-Fatinilam Sari Ahmad
Keranamu Ain-Noorsuraya
Harga Diri - CT Rohaya Abu
Mimpi Kita Serupa-Siti Hasneza Abdul Hamid
Dia Lebih Mengerti-Norhayati Berahim
Tak Seindah Impian-Haikal
Mencari Cinta-Leeya Meeyra
Asmara Yang Pertama-Nass Alina Noah
Pelabuhan Kasih-Lily Suriani
Nota Cinta Buatmu-Norhayati Berahim
Impian Kasih- Liza Zahira
Masih Ada Rindu-Mimie Afinie
Ria Qistina-Bikash Nur Idris
Jauh-Aisya Sofea
Setia Menanti-Fauziah Ashari

**1/2
Lagu Rindu-Ayu Emelda
Secebis Rindu- Alis Ashiqin
Rindu Berdetik Lagi - Zuraidah Othman
Nilai Cintamu-Eka Fahara
Saat Cinta Bersemi - Damya Hanna
Setulus Janji-Aina Emir
Seindah Memori - Ilani Mysara
Seharum Kasih-Aina Emir
Badai Di Hati-Fazie Hanna
Kabus Kasih - Eka Fahara
Seindah Derita-Norhayati Berahim

**
Sutera Kasih-Sirhan Ansari






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed